Keluarga bantah lelaki, nenek kahwin

July 5, 2019 | News | No Comments

Perkahwinan antara lelaki berusia 19 tahun dengan wanita 59 tahun yang sudah berstatus nenek di wilayah Pati, Pulau Jawa, dibatalkan selepas tidak direstui keluarga wanita itu serta dibantah ibu pemuda terbabit.

Menurut laporan media Indonesia, dalam kejadian yang tular di media sosial negara berkenaan, Ketua Pejabat Agama Daerah Tayu, Ahmad Rodli berkata, Dwi Purwanto dan wanita itu, Sutasmi sepatutnya bernikah pada jam 8 pagi, Selasa lalu.

Bagaimanapun, pernikahan pasangan terbabit di pejabat agama terpaksa dibatalkan kerana wali pengantin perempuan tidak muncul.

Tribun News melaporkan, Rodli berkata, ibu Dwi bertemu dengannya meminta pernikahan itu dibatalkan dengan alasan anaknya masih mentah kerana belum berusia 21 tahun, selain Sutasmi adalah rakannya.

“Saya menjelaskan pasangan itu memenuhi syarat untuk bernikah, malah Dwi mendakwa sudah mendapat kebenaran ibu bapanya.

“Namun, Ibu Dwi menegaskan dia tidak pernah mengizinkan anaknya berkahwin dan mendakwa tandatangannya dipalsukan.

“Dia memberitahu Dwi belum cukup umur dan masih bergantung kepada keluarganya,” katanya.

Menurut Rodli, anak-anak Sutasmi turut meminta pernikahan itu dibatalkan kerana malu ibu mereka berkahwin dengan lelaki yang terlalu muda.

-Harian Metro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908