September 2019 – Apa Pun Share

Terperangkap di dalam longkang besar lebih 15 jam

September 27, 2019 | News | No Comments

Itu nasib malang dialami lelaki warga Singapura yang ditemui terduduk di dalam Sungai Segget di Jalan Wong Ah Fook di sini, ketika cuba mengambil begnya yang terjatuh.

Mangsa dikatakan tergelincir menyebabkan kakinya terseliuh ketika cuba turun ke dasar longkang itu malam Selasa lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.48 petang kelmarin sebelum 10 anggota bomba membabitkan satu jentera dan satu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, anggota bomba mendapati seorang lelaki dewasa berada di dalam Sungai Segget sedalam kira-kira lima meter sejak jam 12 tengah malam.

“Difahamkan, mangsa, Roy Woodwacth, 40-an, tergelincir ketika cuba menyelamatkan beg kantung berisi dokumen dan telefon bimbit yang sebelum itu terjatuh ke Sungai Segget.

“Mangsa gagal menyelamatkan begnya dan tercedera di kaki menyebabkannya dia hanya terduduk di bawah jambatan berhampiran sebelum meminta bantuan orang yang lalu di kawasan itu.

“Kami guna tangga untuk menyelamatkannya. Dia kemudian meminta bantuan dihantar ke Balai Polis Jalan Wong Ah Fook,” katanya.

Menurutnya, mangsa kelihatan letih dan lemah namun boleh memanjat tangga. Operasi tamat jam 4.36 petang.

-Harian Metro

Share and follow us

Kerana berak merata, dua kanak-kanak mati dipukul

September 27, 2019 | News | No Comments

Dua orang lelaki telah ditahan dia Madhya Pradesh, India kerana disyaki memukul sehingga mati dua orang kanak-kanak yang membuang air besar di tempat terbuka.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut, Roshni, 12 dan Avinash, 10 , diserang Rabu lepas ketika sedang membuang air besar berhampiran jalan di kampung mereka, menurut laporan polis.

Menurut keluarga kedua-dua mangsa, mereka tidak mempunyai tandas di rumah kerana kemiskinan.

“Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu hingga mati,” kata jurucakap polis, Superintendan Rajesh Chandel kepada BBC. Dia juga berkata kedua-dua suspek telah didakwa atas kesalahan membunuh dan sedang disoal siasat.

Kedua-dua pembunuh, Rameshwar Yadav dan Hakim Yadav, ditahan beberapa jam selepas kejadian dilaporkan.

Roshni dan Avinash merupakan sepupu, namun Roshni diambil oleh ayah Avinash, Manoj untuk tinggal dengannya. Manoj yang juga buruh kasar berkata, pendapatan hariannya yang sikit menyebabkan dia tidak mampu untuk membina tandas di rumah. Selain itu, dia juga gagal mendapat subsidi kerajaan untuk pembinaan tandas.

Namun pembunuhan ini juga dilihat sebagai pembunuhan kasta apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut, berasal dari kasta terendah di India, kasta Dalit manakala kedua-dua pembunuh berasal dari kasta lebih tinggi. Walaupun ada undang-undang melindungi kasta Dalit, mereka masih tetap didikriminasi di India.

BBC

Share and follow us

Ini mungkin suatu kisah yang agak pelik dan menyeramkan seperti di dalam filem. Seorang ibu dari Indiana, U.S mendakwa anak angkat berumur 9 tahun yang diambilnya sebenarnya berusia 22 tahun.

Selain usia yang jauh tua, wanita tersebut juga mendakwa anak angkatnya itu seorang psikopat dan pernah cuba membunuhnya. Memang sekali dengar seperti sebuah filem Hollywood, namun itulah perkara sebenar yang didakwa berlaku oleh wanita tersebut.

Wanita tersebut, Kristine Barnett, 45 dan bekas suaminya, Michael Barnett, 43, kedua-duanya kini berada dalam siasatan polis kerana dituduh mengabaikan anak angkat mereka.

Kedua-dua mereka didakwa meninggalkan anak angkat kelahiran Ukrain itu, Natalie Grace di sebuah pangsapuri di Lafayette, Indiana pada 2013 sebelum berpindah ke Kanada sebulan kemudiannya.

Polis berkata, kanak-kanak tersebut dibiarkan tinggal keseorangan selama 3 tahun, walaupun memiliki kekurangan upaya kerana kanak-kanak itu disahkan memiliki masalah dwarfism, yang bermaksud, ketinggiannya hanya 0.9 meter selain mempunyai masalah untuk berjalan.

Namun berdasarkan temu bual dengan media DailyMailTV, Kristine mendakwa bahawa masalah utama tuduhan yang dihadapi mereka adalah, Natalie bukanlah berusia 9 tahun seperti didakwa pihak polis, tapi usia sebenarnya adalah 22 tahun mengikut dokumen rasmi yang dia perolehi.

Kristine juga mendakwa, di dalam kes ini, Natalie bukanlah mangsa, sebaliknya dirinya dan bekas suaminya adalah mangsa utama kerana dia mendakwa pernah diugut Natalie ketika sedang tidur, ditolak ke arah pagar elektrik selain Natalie pernah mencampur peluntur ke dalam kopi yang Kristine minum.

Selain itu, dia juga mendakwa yang Natalie juga telah datang bulan selain mempunyai fizikal seperti orang dewasa, walaupun ketinggiannya hanya 0.9 meter.

Sebelum didakwa dan dituduh melakukan jenayah pengabaian dan kecuaian ke atas kanak-kanak pada 11 September lepas, Kristine dan bekas suaminya, Michael pernah diangkat sebagai ibu bapa contoh apabila berjaya membesar dan mendidik anak mereka yang menghidapi autisme, Jake Barnett sehingga menjadi seorang kanak-kanak genius.

Jake yang didiagnos menghidapi autisme pada usia 2 tahun, berjaya manghasilkan kertas akademiknya pada usia 12 tahun, dan ketika berusia 15 tahun, dia diterima untuk meneruskan pelajaran di sebuah institusi fizik terkemuka di Kanada.

Kejayaan Jake itu menyebabkan Kristine diangkat sebagai ibu contoh, malah berjaya menghasilkan buku tentang pengalamannya membesarkan Jake. Disebabkan pengalamannya itu juga, yang membuatkan Kristine mengambil keputusan untuk mengambil Natalie sebagai anak angkat pada 2010, ketika dia hanya berusia 6 tahun.

Kristine berkata, Natalie dijaganya bagai menatang minyak yang penuh. Namun hari demi hari, banyak perubahan yang dilihat daripada Natalie dari segi fizikal dan mentalnya. Keadaan itu menyebabkan Kristine mengambil keputusan untuk membuat ujian kepadatan tulang Natalie untuk mengetahui usia sebenarnya.

Salah satu keputusan ujian tersebut yang diterima dari Doktor Andrew McLaren pada 2012 mengesahkan yang, tahun kelahiran Natalie pada surat beranaknya iaitu tahun 2003, adalah tidak tepat dan mengatakan Natalie berpura-pura menjadi seorang kanak-kanak untuk menipu Kristine dan para doktor.

Keputusan ujian ini menyebabkan siasatan polis dilakukan ke atas Natalie atas tuduhan memalsukan usia dan pada 2012 juga, Kristine berjaya memohon kepada mahkamah daerah Marion agar usia Natalie diperbetulkan dan dia dianggap sebagai orang dewasa. Berdasarkan permohonan itu, tarkh lahir Natalie diubah kepada 4 September 1989, membawa maksud yang dia berusia 22 tahun.

Oleh kerana hal ini, Natalie secara rasminya dianggap sebagai seorang dewasa dan mampu hidup sendiri. Kristine kemudiannya menyewakan Natalie sebuah pangsapuri di Indiana sebelum berpindah ke Kanada.

Namun pihak pendakwa raya yang mendakwa Kristine dan bekas suaminya atas tuduhan mengabaikan anak di Jabatan Sherif Daerah Tippecanoe mempunyai versi yang berbeza. Mereka mendakwa mempunyai laporan ujian kepadatan tulang yang menunjukkan Natalie sebenarnya berusia 8 tahun pada 2010.

Selain itu, laporan awal tentang pengabaian itu diterima dari Natalie sendiri pada 2014, namun hanya sekarang baru pendakwaan dilakukan. Kes ini masih berlangsung.

Daily Mail

Share and follow us

Seorang lelaki sanggup melalui rawatan gigi selama sejam setengah sebelum merompak doktor yang merawatnya.

Menurut jurucakap polis Petaling Jaya, OCPD ASP Mohd Zani Che Din, doktor gigi yang berusia 57 tahun tersebut mengalami kecederaan serius di lehernya di dalam insiden yang berlaku jam 10.56 pagi semalam (Khamis, 26 September).

Menurutnya lagi, “Kami menerima panggilan tentang kejadian tersebut di sebuah klinik gigi di Jalan 14/22, Seksyen 14, Sea Park.

“Berdasarkan siasatan, suspek datang untuk rawatan akar gigi pada pukul 9.30 pagi menggunakan MyKad lelaki lain.

“Rawatan tersebut mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Setelah selesai, suspek kemudiannya mengelar doktor gigi tersebut sebelum melarikan beg tangannya.”

Manakala jururawat di klinik itu juga mengakui yang wajah suspek tidak sama dengan gambar di dalam MyKad yang diberi.

Menurut Mohd Zani lagi, “Pemeriksaan dengan JPN pula menunjukkan yang pemilik MyKad sebenar bernama Murali.

Lakaran wajah suspek – Sumber Kwong Wah Daily

“Kami juga telah menganalisis rakaman CCTV di sebuah restoran berhampiran yang menunjukkan suspek yang berkulit gelap dan kurus, melarikan diri sambil memegang beg berwarna hitam milik mangsa.”

Menurut polis lagi, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Asunta.

Beliau juga menambah,”Pasukan forensik kami menjumpai pisau yang digunakan suspek untuk mengelar mangsa di tempat kejadian.

“Suspek juga berjaya melarikan wang tunai bernilai lebih kurang RM2000 dan beberapa dokumen penting milik mangsa.” Pihak polis masih lagi berusaha mengesan suspek.

The Star

Share and follow us

“BUKAN saya tetapi suami yang bekerja sebagai penghantar makanan, ramai salah sangka dan membuat penilaian sendiri selepas melihat gambar berkenaan,” kata Nur Fatin Mohd Yusof, 24.

Nur Fatin yang juga ibu dua anak memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai kesahihan gambar yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi gambar berkenaan, Nur Fatin dilihat memakai topi keledar dengan menggalas beg sandang GrabFood sambil mengendong seorang kanak-kanak di hadapan sebuah restoran makanan segera.

Gambar berkenaan mengundang sebak warganet yang rata-ratanya mendoakan dan memuji kesungguhan Nur Fatin mencari rezeki tetapi tidak kurang juga yang meluahkan simpati dengan nasib wanita itu.

Menceritakan perkara sebenar, Nur Fatin mengakui terkejut selepas gambar berkenaan tular dan hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan oleh rakannya, Syahmi Hakimi, 24, menerusi kiriman WhatsApp semalam.

“Sejak semalam, ramai yang menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp kepada saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu termasuk saudara di kampung kerana kasihankan saya selepas melihat gambar berkenaan.

“Malu juga kerana apa yang tular itu tidak betul dan membuatkan ramai keliru hingga menyangka saya bekerja penghantar makanan untuk menyara keluarga.

“Sedangkan saya hanya membantu suami menggalas beg sementara dia mengambil pesanan pelanggan di dalam restoran makanan segera di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Jadi, cerita yang tular itu tidak benar dan saya sendiri tidak sedar bila gambar berkenaan diambil,” katanya.

Menurut Nur Fatin, secara peribadi, dia berasa tidak senang dengan tindakan individu berkenaan kerana mengambil gambarnya secara senyap-senyap dan memuat naiknya di media sosial.

“Sepatutnya, individu berkenaan datang kepada saya untuk bertanyakan perkara sebenar dan bukannya dengan mengambil gambar tanpa izin.

“Disebabkan perkongsian gambar itu, ada yang mempersoalkan tindakan saya membawa anak bersama sedangkan suami yang menunggang motosikal dan kami hanya membonceng di belakang.

“Suami juga sebenarnya bekerja sendiri dan hanya menjadi penghantar makanan secara sambilan pada waktu lapang sejak enam bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Norazwan Azmi, 30, yang bekerja sebagai perunding unit amanah berkata, dia tidak berniat buruk sebaliknya mengambil dan berkongsi gambar Nur Fatin di media sosial bagi memberi inspirasi kepada mereka yang mengikutinya di platform berkenaan.

“Gambar itu diambil pada awal pagi Isnin lalu secara spontan ketika saya berada di hadapan restoran berkenaan dengan tujuan untuk menyuntik semangat rakan sekerja dan sesiapa saja yang melihat perkongsian berkenaan.

“Namun, saya tidak sangka pula gambar itu tular di media sosial dan membuatkan ramai salah tafsir mesej sebenar yang ingin cuba saya sampaikan.

“Apa pun, saya akui tindakan mengambil gambar dan memuat naik gambar tanpa izin itu adalah satu kesalahan dan berharap mereka (Nur Fatin dan suaminya, Mohamad Hafifie) memaafkan perbuatan saya,” katanya.

-Harian Metro

Share and follow us

Facebook Employee Commits Suicide At Company’s HQ

September 26, 2019 | News | No Comments

According to a report from CNET, a Facebook employee named Qin Chen jumped off from the fourth floor of the company’s headquarters in Menlo Park, California to end his life. The 38-year-old man, who was a resident of San Mateo, is currently thought to have committed suicide with no foul play involved.

When the district police and the Menlo Park Fire Protection arrived at the scene he was unresponsive, so they tried to revive him but failed. Thus, he was announced dead at the scene.

The police said that the investigation was done ethically. A spokesperson from Facebook said in a statement that, “We’re cooperating with police in their investigation and providing support to employees,” and “While the family is being notified, we have no information to share.”

However, a YouTuber known as Shyu felt there was something fishy about the case, especially since he used to work as a Facebook employee himself. He then uploaded a video to shed light on Facebook’s company culture and to perhaps help give Chen’s family and friends some closure on what might have motivated him to take his life.

He had also collected some intel from Facebook Blind, which is an internal anonymous chat app, and found out that many of the other Facebook employees suspected that Facebook was trying to cover up the suicide as just another “death at workplace”.

Shyu posted the video on Monday and explained details of Chen’s suicide that he had collected from the Blind app. However, Shyu still stresses that these are just speculations and have not been verified.

According to Shyu, based on the posts in the Blind app:

  1. Chen used to work for Facebook’s advertising group, which can also be described as “a very high-stress group.”
  2. Chen’s performance rating dropped, and the company moved him to the PIP or Performance Improvement Plan – or according to the YouTuber, “the path to you getting fired”For an employee, being put under this program will cause great embarrassment.
  3. Chen tried to make things better by requesting to be transferred to a different team before he was put in PIP.
  4. He allegedly found another team but the manager held back his transfer by convincing him to stay on his team till the end of the quarter and promised to give him a good performance rating.
  5. After the quarter ended, he received a bad rating by his manager that stopped him from moving to a different team.
  6. Chen had enough when they assigned him to do a Severe Site Event (SEV) review. He reportedly tried to delay the process but was blocked by an internal script.
  7. One hour before the review, he allegedly committed suicide.

All of these assumptions were collected by Shyu from the Blind app but the video, and he also showed a poll where 61.8% of the employees admitted that they feel stressed out.

WOB

Share and follow us

She was apparently told that she might never become her mother because of her rare physical condition. But she defied those odds and successfully gave birth to four children! 

The miraculous 34-year-old Australian mother of four goes by the name of Lauren Cotter, and at just 16 years old, she was diagnosed with uterus didelphys, a rare condition which affects only 3,000 women across the globe.

According to Daily Mail, the condition occurs when the uterus fails to fuse properly during development in the womb. As a result, Cotter was born with two uteruses, two cervixes and yes, two vaginas!

Since her wombs and cervixes were half the size of an average woman’s, Cotter was told that carrying and giving birth to children would be an issue.

But the Melbourne-born primary school teacher and her 33-year-old husband, Ben, knew they wanted kids.

“From quite early, on Ben and I discussed having children and it was clear that he really wanted to be a dad. I knew I had to be open and honest and tell him that might not be a possibility for me.”

While the odds weren’t in their favour, the couple still underwent several successful pregnancies and ending up becoming parents to five-year-old Amelie, three-year-old Harvey, and adorable 15-month-old twins, Maya and Evie!

She reportedly carried all the girls in her right womb, while her only son, Harvey, grew in her left.

Cotter says she actually didn’t have any difficulty falling pregnant, telling the publication,

“Actually, we have found it easy to fall pregnant – I am not sure why, or if it has anything to do with my two vaginas.”

Nonetheless, she was told that miscarriages and stillbirths were still likely to occur given the size of her wombs. As she braced herself for the worst, Cotter and Ben were shocked to find themselves pregnant after just a month of trying for a baby!

“We decided to give it a go, and just see what would happen. We knew it might be a bumpy road and tried not to get our hopes up too much.

Just a month after we started trying, I bought a stack of pregnancy tests and started taking them weekly.

I couldn’t be sure, so I took a test each morning that week, and each day the line got darker and darker until I was sure – we were pregnant.”

Her first pregnancy went smoothly and baby Amelie came into the world via C-section. The couple soon tried for baby number two 18 months later, and Harvey was born!

Being a young mother of two, Cotter said she decided to have a contraceptive implant, as advised by her consultant.

The implant was supposedly 99% effective but Cotter again proved that she was an exception to the norm. Just three weeks after the contraceptive was fitted, she was pregnant again with twins! When asked whether the recent pregnancy surprised her, she said:

“Shocked doesn’t begin to cover it. During 17 years together, Ben and I had only ever got pregnant when we’d planned it. Now, here we were, having surprise twins.”

Maya and Evie were born just after 37 weeks and while they initially seemed healthy, drama began to unfold as Evie faced difficulties breathing and was sent to the ICU.

Soon, an X-ray of her lungs revealed that she had congenital diaphragmatic hernia, which happens when a baby is born with their intestines inside the chest cavity. As a five-day-old baby, she had to go through a keyhole surgery and doctors warned Cotter that there was a limited chance of survival.

Nonetheless, Evie, like her mother, defied the odds and fully recovered! The 15-month-old twins are now the centre of the family’s “crazy, hectic and amazing” life.

WOB



Share and follow us

Seekor zebra dirakam sedang memakan najisnya sendiri disebabkan kelaparan di sebuah zoo di Mexico.

Video menyayatkan hati ini dirakam di zoo San Juan de Aragon, Bandar Mexico dan dikongsikan oleh pertubuhan Peludos Al Aire En Sintonia Por Los Que No Tienen Voz.

video ramakan tersebut

Zebra yang dirakam dinamakan Karo, dilihat sedang memakan najisnya daripada lantai kandang zebra itu ditempatkan.

Pertubuhan itu juga mendakwa binatang lain di zoo tersebut turut mengalami kekurangan makanan yang teruk selain kesihatan mereka tak terjaga.

Zebra bernama Karo itu juga dirakam menghadapi masalah kulit berdasarkan video tersebut. Pertubuhan itu juga berkata, pekerja di zoo itu turut mengadu tentang 10 ekor binatang yang telah mati akibat keadaan zoo yang teruk.

Keadaan Karo yang menyedihkan

Manakala, pihak pengurusan zoo hingga kini tidak memberikan sebarang komen.

Walaubagaimana pun, menurut datuk bandar Mexico, Claudia Sheinbaum, kali terakhir kerajaan memberi pembiayaan untuk zoo tersebut ialah ketika separuh penggal pertama pentadbiran dari tahun 2000-2006.

Namun dia berkata, kini, usaha telah dijalankan untuk memulihkan zoo terbabit dengan menempatkan pakar di situ dan akan ada pembiayaan baru dari kerajaan negeri bermula tahun depan.

Ladbible

Share and follow us

Sebelas Cina bersaudara yang berkahwin sesama mereka sanggup bercerai 23 kali dalam tempoh sebulan demi untuk mendapatkan pangsapuri yang diberikan kerajaan, lapor media China.

Idea licik itu diperoleh selepas pegawai menawarkan pangsapuri seluas 40 meter persegi kepada penduduk yang rumahnya diambil kerajaan untuk projek pembangunan di wilayah timur Zhejiang.

Adegan itu bermula apabila seorang lelaki bernama Pan berkahwin semula dengan bekas isterinya Shi, menurut akhbar kendalian kerajaan Global Times.

Mereka berkahwin semula pada 6 Mac kerana Shi didaftarkan sebagai penduduk kampung tempatan sekaligus dia memerlukan dokumen sah kahwin untuk mendapat sebuah apartmen percuma.

Enam hari kemudian, mereka bercerai dan Shi ketika itu sudah memperoleh permit kediaman.

Pengalaman itu digunakan Pan untuk berkahwin dan bercerai dengan kakak ipar dan kakak kandungnya, dalam tempoh 15 hari.

Sementara itu, bekas isterinya, Shi menemui duda lain untuk dikahwininya.

Sepupu serta adik-beradik Pan dan Shi turut bercerai dan berkahwin sekaligus menyumbang kepada angka 23 itu, menurut Global Times.

-Harian Metro

Share and follow us

Seekor harimau kumbang yang diselamatkan dari atas bumbung bangunan berdekatan Lille pada minggu lalu, dilaporkan dicuri dari zoo.

Harimau kumbang berkenaan dicuri dari zoo di Maubeuge berdekatan sempadan Belgium.

“Haiwan itu satu-satunya menjadi sasaran,” kata Datuk Bandar Lille, Arnaud Decagny sambil menambah usaha sewajarnya telah dibuat bagi memastikan keselamatan zoo itu lebih terjamin.

Ujar Decagny, pihak zoo amat khuatir tentang kesihatan harimau kumbang itu kerana ia baru berusia beberapa bulan dan hanya seberat antara 25 dan 30 kilogram.

Anggota bomba berjaya menangkap haiwan terbabit pada Rabu minggu lalu ketika ia merayau di atas bumbung bangunan selepas melarikan diri menerusi tingkap dari sebuah apartmen yang dipercayai rumahnya.

-utusan

Share and follow us