Seorang datuk mati apabila sebuah botol wine yang dibaling dari tingkat 7 bangunan kondominium 35 tingkat di Singapura.

Mangsa, Nasiari Sunee, 73, mati akibat kecederaan di kepala yang dialami dari balingan itu. Manakala botol yang mengena kepala mangsa, tidak pecah selepas mengena mangsa walaupun dibaling dari tingkat 7.

Suspek yang berasal dari Australia, yang juga bekerja dalam bidang I.T di Singapura, Andrew Gosling, 47, dituduh membaling botol tersebut ketika mangsa menghadiri majlis di rumah saudaranya di bangunan yang sama.

Salah seorang saudara mangsa, Nas Suriati Nasiari, 44, memberitahu yang tetamu yang hadir dua bunyi hentakan yang kuat sebelum mangsa jatuh. Mangsa dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia ketika dalam rawatan.

Bangunan kondominium di mana kejadian berlaku

Gosling ditahan 18 Ogos lepas dan bakal berdepan hukuman 5 tahun penjara jika disabit kesalahan.

Mirror.co.uk

, , ,

About Author

Leave a Reply

//azoaltou.com/afu.php?zoneid=2458908