Memori Eidetik atau memori fotografi merupakan kemampuan untuk mengingat sesuatu imej atau gambar dengan jelas dan terperinci dengan hanya melihat gambar itu sekali sahaja. Para pelajar terutama pelajar universiti mesti teringin ada kemampuan ni.

Namun lain pula bagi juruwang dari Koto, Tokyo, Jepun ini. Beliau yang mempunya memori eidetik tidak menggunakan kemampuannya untuk mengingat subjek yang masuk peperiksaan, tetapi untuk mencuri maklumat kad kredit lebih 1,300 pelanggan di kedai dia bekerja.

Yusuke Taniguchi, 34, juruwang dengan memori eidetik, akan mengingat setiap maklumat kad kredit (kod 16 digit, nama, tarikh luput dan kod sekuriti) yang diberi pelanggan ketika melakukan pembayaran sebelum memulangkannya semula.


Yusuke Taniguchi, 34

Polis yang menyiasat kes tersebut berkata, Yusuke akan menggunakan maklumat kad kredit tersebut untuk membeli barang di atas talian. Namun tindakan tersebut akhirnya yang menyebabkan Yusuke ditangkap.

Yusuke yang akhirnya mengaku melakukan perkara tersebut juga mengaku menjual barang yang dibelikan ke kedai pajak gadai dan menggunakan wang pajakan tersebut untuk kegunaan hariannya termasuk membayar sewa.

Siasatan polis juga membawa kepada penemuan buku nota yang mengandungi beratus nama dan maklumat kad kredit mangsa Yusuke. Siasatan masih dijalankan ke atas Yusuke.

Ladbible

, ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908