Sesiapa yang selalu memancing, mesti akan ada pengalaman tertangkap benda-benda yang pelik.

Perkara sama berlaku kepada pemancing dari Norway ini yang berjaya menangkap ikan berbadan kecil, tapi dengan mata yang tersangat besar.

Oscar Lundahl, 19, menangkap ikan tersebut ketika memancing di perairan kepulauan Andoya, di utara Norway menggunakan umpan ikan makerel pada kedalaman 2,600 kaki.

Dia berjaya menumpaskan ikan tersebut selepas bergelut selama 30 minit kerana kedalaman laut di kawasan tersebut. Ternyata apa yang ditangkapnya bukan sesuatu yang mudah dijumpai.

Ikan tersebut merupakan seekor Ratfish, yang kebiasaannya hidup di dasar laut yang dalam. Disebabkan keadaan dasar laut dalam yang gelap, mata ikan ini yang besar teramat membantu untuk mereka bergerak dan mencari makanan.

Walaupun ikan itu tidak membahayakan manusia, tetapi rupanya yang seakan mahluk asing dengan mata yang besar mungkin membuat sesiapa sahaja terkejut ketika kali pertama bertemu ikan tersebut.

Namun ikan tersebut mati selepas ditangkap kerana perbezaan tekanan yang berlaku secara mendadak. Oscar yang kemudiannya membawa ikan itu balik untuk dimakan mengatakan, walaupun rupanya menakutkan, tapi rasanya sedap seperti ikan kod, malah lebih sedap.

Ladbible

, , ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908