Cinta tidak berbalas, rakyat Malaysia bunuh, setubuh mayat – Apa Pun Share

Cinta tidak berbalas, rakyat Malaysia bunuh, setubuh mayat

Home / Cinta tidak berbalas, rakyat Malaysia bunuh, setubuh mayat

SINGAPURA: Seorang lelaki yang cemburu kerana cinta tidak berbalas bertindak membunuh wanita dicintainya sebelum cuba mengadakan hubungan seks bersama mayat mangsa.

Suspek, Boh Soon Ho, 51 dan berasal dari Malaysia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah Rabu lalu atas pertuduhan membunuh, cubaan menyetubuhi mayat serta melarikan barangan berharga milik mangsa.

Pendakwa dalam ucapan pembukaan berkata, Boh mengintip pergerakan wanita itu sebelum mendapati beliau memiliki teman lelaki, dan bertindak bertemu mangsa bagi meluahkan kemarahan.

Beberapa hari selepas pertemuan berkenaan, tertuduh dan mangsa makan bersama di rumah pangsa disewa lelaki itu pada 21 Mac 2016.

Apabila cubaan mengadakan hubungan seks dengan mangsa gagal, penduduk tetap Singapura itu menjerut leher mangsa yang berusia 28 tahun menggunakan tuala mandi.

“Dia kemudian bertindak membogelkan mangsa, merakam foto dan cuba melakukan hubungan seks, namun gagal kerana tidak berupaya mengekalkan ereksi,” kata pendakwa.

Pendakwa berkata, tertuduh melarikan diri ke Malaysia tetapi berjaya ditahan pihak polis pada awal April 2016 dan dibawa pulang ke Singapura.

Timbalan Pendakwaraya, Wong Kok Weng berkata, mangsa, seorang jururawat dari China dikenali sebagai Zhang Huaxiang tidak membalas cinta tertuduh malah tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan intim bersama lelaki itu.

Mayat Zhang ditemui tuan rumah di atas katil milik tertuduh pada 22 Mac dan beliau bertindak menghubungi polis.

Susulan laporan, Boh ditahan polis di Malaysia pada 4 April tahun yang sama dan dibawa pulang ke Singapura.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, namun tidak boleh menjalani hukuman sebatan kerana sudah berusia melebihi 50 tahun. – Agensi

BHONLINE

Share and follow us

About Author

Leave a Reply