Tak tahan didera ibu bapa, kanak-kanak 8 tahun nekad terjun dari tingkat 9 rumahnya – Apa Pun Share

Tak tahan didera ibu bapa, kanak-kanak 8 tahun nekad terjun dari tingkat 9 rumahnya

Home / Tak tahan didera ibu bapa, kanak-kanak 8 tahun nekad terjun dari tingkat 9 rumahnya

Seorang kanak-kanak nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 9 rumahnya selepas tidak tahan bertahun didera oleh ibu dan ayahanya.

Kanak-kanak tersebut, Anton, dikatakan nekad membunuh diri apabila dimarahi oleh kedua ibu bapanya kerana merosakkan pakaiannya ketika pulang ke rumah di Kiev, Ukrain.

Menurut jiran yang tingkat di tingkat bawah rumah mangsa, Zhanna, “Kedua ibu bapanya menjerit kepada kanak-kanak itu kerana bajunya koya. Saya juga mendengar mereka memukul kanak-kanak itu.”

Jiran mangsa, Zhanna yang terdengar ibu bapa Anton memukul mangsa

“Tidak lama kemudian, suasana senyap sunyi dan saya mendengar tapak kaki kanak-kanak. Beberapa saat lepas itu, saya terdengar bunyi hentakan kuat apabila tubuhnya jatuh ke tanah.”

“Saya melihat ke luar tingkap dan melihat tubuh kanak-kanak itu terbaring di atas tanah. Saya segera menelefon ambulans dan polis.”

Rumah di tingkat 9, di mana mangsa tinggal

Paramedik yang tiba selepas menerima panggilan, namun kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia. Manakala pihak polis sedang menyiasat kematian itu, selain laporan dari media tentang kedua ibu bapa mangsa yang memukul mangsa.

Kedua-dua ibu bapa mangsa juga sedang disiasat akibat kelalaian selain penderaan ke atas kanak-kanak.

The Sun

Share and follow us

About Author

Leave a Reply