Kerana berak merata, dua kanak-kanak mati dipukul

September 27, 2019 | News | No Comments

Dua orang lelaki telah ditahan dia Madhya Pradesh, India kerana disyaki memukul sehingga mati dua orang kanak-kanak yang membuang air besar di tempat terbuka.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut, Roshni, 12 dan Avinash, 10 , diserang Rabu lepas ketika sedang membuang air besar berhampiran jalan di kampung mereka, menurut laporan polis.

Menurut keluarga kedua-dua mangsa, mereka tidak mempunyai tandas di rumah kerana kemiskinan.

“Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu hingga mati,” kata jurucakap polis, Superintendan Rajesh Chandel kepada BBC. Dia juga berkata kedua-dua suspek telah didakwa atas kesalahan membunuh dan sedang disoal siasat.

Kedua-dua pembunuh, Rameshwar Yadav dan Hakim Yadav, ditahan beberapa jam selepas kejadian dilaporkan.

Roshni dan Avinash merupakan sepupu, namun Roshni diambil oleh ayah Avinash, Manoj untuk tinggal dengannya. Manoj yang juga buruh kasar berkata, pendapatan hariannya yang sikit menyebabkan dia tidak mampu untuk membina tandas di rumah. Selain itu, dia juga gagal mendapat subsidi kerajaan untuk pembinaan tandas.

Namun pembunuhan ini juga dilihat sebagai pembunuhan kasta apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut, berasal dari kasta terendah di India, kasta Dalit manakala kedua-dua pembunuh berasal dari kasta lebih tinggi. Walaupun ada undang-undang melindungi kasta Dalit, mereka masih tetap didikriminasi di India.

BBC

, , ,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908