‘Cucuk’ kereta lain demi parkir percuma – Apa Pun Share

‘Cucuk’ kereta lain demi parkir percuma

Home / ‘Cucuk’ kereta lain demi parkir percuma

‘Cucuk’ kereta lain demi parkir percuma

October 4, 2019 | Viral | No Comments

Inginkan keseronokan, mahu tunjuk hebat atau kedekut membayar parkir, mungkin menjadi penyebab seorang pemandu mengambil kesempatan dengan mengekori rapat kenderaan lain untuk melepasi palang.

Perbuatan seperti itu bukan sahaja menjadi satu kesalahan namun boleh mengundang padah jika berlaku kemalangan kerana jarak kenderaan yang terlalu rapat.

Terbaharu tular di media sosial, rakaman sebuah kereta dipercayai jenis Honda Accord mengekori rapat kenderaan di hadapannya untuk melepasi palang parkir sebuah pusat membeli-belah.

Tindakan itu berjaya dirakam melalui kamera belakang kereta yang diekorinya dan video yang berlaku di pusat membeli-belah itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

“Menerusi ruangan komen, pemilik akaun menggunakan nama Kelvin Bah menulis “bawa kereta mewah tapi tak boleh bayar parking??? Wowowo!! The power of dreams,” tulisnya merujuk kepada slogan jenama kenderaan terbabit.”

“Honda?? Confirm full loan… tarik 9 tahun,” tulis Farhan Syukri pula.

Rata-rata komen lain menyifatkan pemandu kereta terbabit tidak memiliki sivik walaupun memandu kenderaan mewah.

SH



Share and follow us

About Author

Leave a Reply