Pegawai polis dakwa dirogol elak bayar nafkah – Apa Pun Share

Pegawai polis dakwa dirogol elak bayar nafkah

Home / Pegawai polis dakwa dirogol elak bayar nafkah

Pegawai polis dakwa dirogol elak bayar nafkah

October 4, 2019 | News | No Comments

DENVER: Seorang anggota polis dipecat selepas membuat dakwaan palsu bahawa dia dirogol wanita yang dihamilkannya dalam usaha mengelak membayar nafkah bayi dilahirkan.

Samuel Sheppard, yang bertugas dengan polis sejak enam tahun lalu, dipecat kerana mengada-adakan kisah serangan seksual oleh wanita yang tidak dinamakan itu, selain berbohong kepada penyiasat hal ehwal dalaman mengenai hubungan antara mereka, menurut perintah ditandatangani Penolong Pengarah Keselamatan Awam Denver, Mary Dulacki.

“Bukti dikemukakan menunjukkan Sheppard membuat tuduhan serangan seksual yang tidak berasas terhadap pengadu untuk mengelak atau mengehadkan pelaksanaan tanggungjawab kewangannya,” katanya.

Menurut surat pemecatan sepanjang lapan muka surat itu yang bertarikh 16 September lalu, seorang bayi dilahirkan pada Oktober 2017 hasil hubungan Sheppard dengan wanita itu.

Pada April tahun berikutnya dia membuat laporan polis kononnya diserang secara seksual dan kejadian yang hanya berlaku sekali menyebabkan wanita itu hamil.

Menurut Sheppard ketika itu, dia bercuti sakit dan berehat di rumah dalam keadaan dipengaruhi ubat ketika wanita itu masuk ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan terhadapnya selepas berjaya menaikkan nafsunya.

Bagaimanapun, sehari selepas melaporkan kejadian itu, Sheppard memberi keterangan bersumpah dalam prosiding pemberian nafkah anak di mahkamah yang mengakui dia bapa kanak-kanak terbabit tanpa kisah serangan seksual berkenaan.

Susulan itu wanita terbabit membuat aduan kepada bahagian hal ehwal dalaman polis manakala peguamnya dan penyiasat berjaya memperoleh beberapa teks perbualan antara mereka menunjukkan pasangan itu memang mempunyai hubungan intim.

hmetro

Share and follow us

About Author

Leave a Reply