Padah beri kad bank kepada ah long – Apa Pun Share

Padah beri kad bank kepada ah long

Home / Padah beri kad bank kepada ah long

Padah beri kad bank kepada ah long

October 9, 2019 | News | No Comments

Gara-gara menyerahkan maklumat peribadi termasuk akaun bank kepada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long, seorang wanita didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh Razaimah Zainal, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut kertas pertuduhan wanita berkenaan secara tidak jujur menolong menyembunyikan wang kepunyaan Tajudin Mydin, 46, sebanyak RM10,500.

Menurut fakta kes tertuduh yang bekerja sebagai pemandu van meminjam wang daripada ah long, menyerahkan maklumat akaun bank kepada pihak terbabit namun itu digunakan untuk menipu mangsa dengan menawarkan pinjaman sebanyak RM700,000.

Mangsa yang terpengaruh dengan tawaran pinjaman itu memasukkan wang RM10,500 ke akaun bank tertuduh.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Dang Wangi pada 15 November 2018 dan disiasat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Wan Ahmad Hakimi menawarkan jaminan antara RM5,000 hingga RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam memohon agar denda dikurangkan atas beberapa faktor.

Bagaimanapun majistret menetapkan denda sebanyak RM6,000 kepada tertuduh.

-sinarharian

Share and follow us

About Author

Leave a Reply