Pergh! Jam tangan Rolex bernilai RM1 juta ditemui bawah sofa terpakai – Apa Pun Share

Pergh! Jam tangan Rolex bernilai RM1 juta ditemui bawah sofa terpakai

Home / Pergh! Jam tangan Rolex bernilai RM1 juta ditemui bawah sofa terpakai

Pernahkah anda terfikir akan terjumpa seutas jam yang harganya mampu mencecah sehingga RM1 juta.


Namun itulah yang berlaku terhadap seorang wanita warganegara Kanada yang menjumpai seutas jam tangan di bawah di bawah kusyen sofa yang dibelinya empat tahun lalu di sebuah kedai bundle dengan harga $25 (RM104.76).

Kisah ini diceritakan oleh Paul Altieri dari Bob’s Watches yang disifatkannya paling gila sepanjang 40 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan jam tangan mewah.

Setelah meneliti jam tersebut dengan lebih dekat, wanita berkenaan mendapati jam tersebut merupakan seutas jam tangan berjenama Rolex.

Bagaimanapun wanita tersebut tidak tahu betapa bertuahnya dia kerana hanya beberapa orang sahaja mampu memliki jam tangan tersebut.

Jam tangan tersebut merupakan jam tangan vintaj Rolex Daytona 6241 “Paul Newman” dan menurut Altieri jam tangan tersebut merupakan raja dalam dunia jam tangan vintaj.


Wanita tersebut kemudiannya menghubungi kedai bundle tempat dimana dia membeli sofa tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilik asal sofa berkenaan namun gagal.

Ini kerana pihak kedai tersebut tidak mempunyai rekod pemilik sofa itu malah urusan jual beli telah dilakukan dalam tempoh yang terlalu lama.

Setelah meneliti jam tangan berjenama Rolex itu, wanita tersebut sedar betapa berharganya jam tangan itu lalu menghubungi Bob’s Watches untuk menjualnya.

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mahu risiko jam tersebut hilang melalui penghantaran dan dia juga tidak mempunyai wang untuk ke California, maka Altieri sendiri menghantar pakar Rolex vintaj ke Kanada.

Pakar tersebut kemudiannya mengesahkan jam tangan itu adalah tulen dan bernilai $250,000 (RM1,047,625).

Wanita berkenaan kemudiannya memutuskan untuk menjual jam tangan itu kepada Bob’s Watches dengan nilai yang disebutkan.

Model Paul Newman ini pernah memecah rekod untuk jam tangan paling mahal yang pernah dijual di lelongan pada tahun 2017 dengan harga RM71,255,500.

-FMT

Share and follow us

About Author

Leave a Reply