Kucing Bella, Taeyang buat si kecil ini menangis

October 15, 2019 | Viral | No Comments

Diberi nama Bella dan Taeyang, itu nama kucing kesayangan adik Nur Aysar Amni Mohd Saidi yang tular di media sosial.

Manakan tidak video adik berusia lapan tahun ini yang menangis kerana begitu teruja dan gembira menerima hadiah dari ibunya, Noryana Shamsuddin, 34, mencuri perhatian netizen.

Noryana tidak menyangka pemberian sepasang anak kucing berusia dua bulan itu menyentuh jiwa kecil anak sulungnya.

“Amni memang suka kucing, sebelum ini dia selalu beri kucing luar makan. Kucing itu diberi nama bobot.

“Bobot selalu datang ke rumah dan waktu itu kami belum bela mana-mana kucing lagi.

“Nak jadikan cerita, bobot tidak datang ke rumah kami, hilang dah lebih seminggu.

“Sejak dia hilang, Amni jadi sedih, setiap hari lepas bangun dari tidur, dia akan jenguk ke pintu sama ada bobot ada ke tidak. Bila balik sekolah pun sama, pasti akan jenguk tetapi bobot tetap tiada,” katanya kepada Sinar Harian.

Ekoran dari itu, Noryana nekad untuk membuat kejutan dengan membeli sepasang anak kucing baka campuran sebagai hadiah buat anaknya.

“Saya sekadar suka-suka untuk rakam momen itu tetapi tidak sangka Amni menangis tersedu-sedu sambil memeluk Bella.

“Reaksinya menyentuh hati saya. Dia memang seorang yang penyayang,” katanya dikurniakan tiga cahaya mata, seorang perempuan dan dua lelaki.

Meskipun pada awalnya, Noryana sekeluarga belum bersedia untuk membela bintang peliharaan namun setelah melihat kesungguhan Amni, dia akhirnya akur.

“Saya lihat dia bersungguh menjaga bobot yang akhirnya membuatkan saya dan suami yakin untuk membeli anak kucing untuk Amni dan adik-adiknya,” katanya.

Sementara itu, perkongsian video durasi seminit itu meruntun jiwa netizen apabila melihat seorang anak kecil memiliki jiwa yang penyayang.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908