Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Selepas 75 Jam Tersangkut Dalam Telaga – Apa Pun Share

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Selepas 75 Jam Tersangkut Dalam Telaga

Home / Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Selepas 75 Jam Tersangkut Dalam Telaga

Seorang kanak-kanak dua tahun, Sujith Wilson terjatuh ke dalam sebuah telaga terbengkalai semasa bermain dengan rakan-rakan pada petang Jumaat, 26 Oktober 2019

Kejadian berlaku di Nadukattupatti di daerah Tiruchirappalli di selatan India.

Sujith dilaporkan telah jatuh 10 meter pada mulanya, tetapi jatuh jauh lebih dalam sehingga 26 meter selepas itu.

Usaha menyelamat memakan masa selama tiga hari namun Sujith disahkan meninggal dunia pada pagi tadi

Laporan mengatakan terdapat bau busuk datang dari telaga sejak malam semalam dan setelah diperiksa, pasukan perubatan mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah pun meninggal dunia.

Tanpa makanan dan minuman selama hampir tiga hari, tubuh Sujith tidak mampu menahan trauma dan akhirnya maut di dalam telaga.

Operasi penggerudian secara besar-besaran di tapak itu terbukti sukar kerana sifat batuan keras di kawasan tersebut.

“Mayat Sujith berada dalam keadaan terurai.

“Kami berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya tetapi malangnya bau busuk telah mula datang dari dalam telaga di mana kanak-kanak itu jatuh. Proses penggalian telah dihentikan,” kata Pesuruhjaya Bantuan Tamil Nadu, Dr Radhakrishnan.

“Apa guna teknologi canggih tapi masih tak mampu menyelamatkan kanak-kanak di dalam telaga?”Ramai warganet meluahkan rasa sedih terhadap kematian Sujith sehingga #RIPSujith trending no 1 Twitter.

Ramai juga yang terkilan kerana teknologi yang serba canggih pada masa kini juga tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa Sujith.

SAYS

Share and follow us

About Author

Leave a Reply