‘Culik budak kuat merayau, buat asam pedas’ – Apa Pun Share

‘Culik budak kuat merayau, buat asam pedas’

Home / ‘Culik budak kuat merayau, buat asam pedas’

‘Culik budak kuat merayau, buat asam pedas’

November 8, 2019 | Viral | No Comments

Seorang lelaki yang berpura-pura ingin menculik tiga kanak-kanak merayau dengan basikal masing-masing di lokasi sunyi berhampiran ladang kelapa sawit mencuit hati netizen.

Video dimuat naik Nur Wardina di laman Facebook miliknya memaparkan seorang lelaki yang merupakan perakam video berkenaan secara sengaja mengusik mereka kononnya ingin menculik dan memasak mereka.

“Biasanya budak-budak ni, kita orang culik buat asam pedas tapi yang kecil tak nak, yang ni pun tak nak, yang ni, kenyang sikit,” kata lelaki berkenaan sambil merakam ketiga-tiga mereka.

Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki yang ketiga menangis dipercayai ketakutan mendengar ‘ugutan’ tersebut.

Perkongsian video berdurasi 26 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 104,000 tontonan, sebanyak 1,200 tanda suka dan gelagat mereka mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat kecomelan mereka.

Netizen juga memuji tindakan dilakukan lelaki tersebut kerana mampu memberi pengajaran bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah ibu bapa supaya lebih memantau anak-anak mereka.

“Kadang-kadang boleh buat pengajaran juga. Sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Biar yang degil-degil suka ‘merayap’ tu jangan ‘merayap’ lagi-lagi di tempat sunyi. Apapun, kena sentiasa pantau anak-anak bila berada di luar rumah. Biar dia yang menangis, jangan kita yang menangis di kemudian hari,” tulis Zabedah Ahmad.

Zulaila Ahmad memberitahu, “Dalam lawak ada mesej yang hendak disampaikan sebab selalu juga nampak budak sekolah rendah dah pandai merayau. Bukan sahaja bahaya atas jalan raya, juga berdepan dengan risiko penculikan. Harap ibu bapa prihatin.”

Dalam pada itu, seorang lelaki yang mengaku sebagai perakam video berkenaan, Haizan Yazid Nordin menulis di ruangan komen mendakwa kanak-kanak tersebut sebenarnya tidak jauh pun dari rumah mereka.

Katanya, sebaik menyakat, kanak-kanak tersebut terus masuk ke rumah dan tidak keluar-keluar sampailah dia pulang kira-kira dua jam selepas itu.

“Lepas saya sakat budak ni, dia terus masuk rumah dan tak keluar-keluar sampailah saya balik lebih kurang 2 jam kemudian. Adik comel ni nama Adam kalau tak salah saya,” katanya.

Buat Asam pedas ok 😂Sapa ulang tengok lebih 2kali Kita geng….Credit : tuan Haizan Yazid Nordin

Posted by Nur Wardina on Selasa, 5 November 2019


-sinarharian

Share and follow us

About Author

Leave a Reply