Kerana cemburu isterinya terlampau meminati pelakon Bollywood Hrithik Roshan, seorang lelaki sanggup menikam isterinya hingga mati.

Dineshwar Budhidat, 33, dari Queens, New York menikam isterinya sehingga mati sebelum menggantung dirinya dari pokok. Isterinya, Donne Dojoy, 27, tersangat meminati pelakon Bollywood tersebut namun, Dineshwar tidak suka akan tindakan isterinya itu dan sering memarahinya.

Menurut rakan Boone, Mala Ramdhani, 52, Dineshwar sering menyuruh isterinya itu menutup dan menghentikan filem atau lagu yang ada Hrithik Roshan di dalamnya.

Donne Dojoy

“Semua filem yang Hrithik berlakon, dia akan tengok”, menurut Mala tentang kegilaan Donne terhadap Hrithik. Malah filem Hrithik kesukaannya adalah Kaho Naa Pyaar Hai, filem romantik tahun 2000 yang menaikkan nama Hrithik.

Donne mati dibunuh 12 November lepas. Selepas membunuh Donne, Dineshwar menghantar pesanan ringkas kepada kakak iparnya pada pukul 7.30pm yang mengatakan dia telah membunuh Donne.

Dineshwar kemudiannya pergi ke padang berhampiran sebelum menggantung diri pada pokok.

Hrithik Roshan yang menjadi kegilaan Donne

Donne sebelum itu pernah memberitahu rakan-rakannya tentang sikap kasar dan terlampau mengawal Dineshwar. Menurut rakan Donne, Andel Rodney, Dineshwar sering memukul Donne selain pernah mengugut untuk membunuhnya.

Malah Dineshwar pernah ditangkap 21 Ogos lepas kerana menampar dan mencekik Donne di rumah mereka dan bakal dibicarakan Januari depan.

-Malay Mail

, , ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908