Ajaib! Si bulus wajah dua masih hidup – Apa Pun Share

Ajaib! Si bulus wajah dua masih hidup

Home / Ajaib! Si bulus wajah dua masih hidup

Ajaib! Si bulus wajah dua masih hidup

November 19, 2019 | Viral | No Comments

Seekor anak kucing memiliki dua muka dianggap ajaib kerana sehingga kini masih hidup setelah pemiliknya menjaga dengan cukup sempurna.

Diberi nama Duo, kucing itu dilahirkan dengan satu badan, satu kepala dan uniknya Duo mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata.

Kebanyakan anak kucing yang selamat lahir dengan keadaan sedemikian akan mati selepas beberapa hari, namun tidak buat Duo apabila mampu bertahan selama empat bulan.

Menurut doktor haiwan di California, Dr Ralph Tran berkata, nasib bulus ini diabaikan selepas dilahirkan.

“Ibunya tidak mahu mendekati Duo dan saya yang merawatnya, menjaga makan minumnya. Kehidupan sehariannya tidak jauh beza dengan anak kucing lain.

“Duo boleh makan, minum, tidur, bermain dan menggunakan kedua-dua hidung untuk menghidu sesuatu benda.

“Duo juga boleh menggunakan dua mulutnya untuk makan, kadang-kala makan secara berasingan, adakalanya secara serentak menggunakan dua mulutnya,” katanya.

Memetik Metro.co.uk, kata Dr Ralph Tran, dia berharap kucing itu akan terus bertahan dan sihat seperti kucing lain.

“Duo akan menjalani pembedahan untuk membuangkan mata di bahagian tengah, selain itu saya berharap Duo dapat hidup selamanya,” katanya.

-sinarharian

Share and follow us

About Author

Leave a Reply