Beberapa pembeli rumah di satu kawasan pangsapuri baharu terkejut dan kecewa selepas pemandangan taman yang dijanjikan pemaju, hanyalah rekaan dalam risalah pemaju malah kolam buatan yang dijanjikan itu cuma kawasan tanah yang ditutup plastik biru.

Perkara itu hanya diketahui pembeli berkenaan sewaktu mengambil kunci rumah selepas melihat tiada kawasan taman seperti yang dijanjikan pemaju di Beichen Central Park di Changsha, wilayah Hunan, lapor South China Morning Post.

Saluran TV Hunan Satellite melaporkan, selain dijanjikan ‘kawasan yang dilindungi tumbuh-tumbuhan tinggi’ dan ‘gaya hidup taman,’ pemilik baru turut dikejutkan dengan kawasan awam dilitupi plastik biru yang kononnya seperti tasik dan satu jambatan kayu kecil.

“Saya berdiri di tengah-tengah ‘air biru’ yang sebenarnya tidak wujud malah tiada batu atau tumbuhan (sebagai hiasan),” kata seorang pembeli rumah.

Di kawasan yang lebih besar, kelihatan blok berturap dilitupi lumpur kuning dan dihiasi dengan rumput kering yang sepatutnya adalah rumput hijau segar.

“Kami sangat tidak berpuas hati melihat blok ‘turapan’ rumput ini. Ia kebiasaannya digunakan untuk laluan masuk atau tempat letak kereta.

“Tetapi sini bukan kawasan tempat letak kereta. Ia kawasan terbuka di luar setiap pintu masuk bangunan tetapi mereka mendakwanya kawasan yang ada tumbuhan,” kata seorang lagi pemilik rumah.

Menurutnya, keadaan itu tidak boleh diterima malah boleh membahayakan kanak-kanak dan orang tua.

Pemaju, Changsha Shiji Yujing Real Estate bagaimanapun mempertahankan tindakan mereka dengan berkata, mereka tidak pernah menjanjikan tasik buatan di komuniti perumahan itu walaupun terdapat di dalam risalah.

Seorang kakitangan syarikat berkata, blok turapan rumput dibina mengikut piawaian kerajaan.

“Kami membinanya kerana perlu mengambil kira keperluan keselamatan kebakaran dan landskap,” katanya.

Menurut laporan, pejabat pentadbir masyarakat mengadakan pertemuan dengan wakil pemilik dan akan bekerjasama dengan jabatan bomba serta jabatan perancangan bandar untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Harian Metro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908