‘Fan Belt’ putus gara-gara lelaki misteri?

November 29, 2019 | Viral | No Comments

SEREMBAN – Kejadian ‘fan belt’ kereta yang rosak seperti dihiris dengan benda tajam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Kejadian tersebut disedari lebih awal oleh salah seorang ahli keluarga sebelum mereka meneruskan semula perjalanan ke Pasir Gudang, selepas berhenti berehat lokasi berkenaan pada jam 5.20 pagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Abdullah Salleh memberitahu merasakan sesuatu tidak kena pada kereta dipandu anak lelakinya sebelum membuka bonet depan, memeriksa dan mendapati ‘fan belt’ hampir putus.

Ketika itu katanya, entah dari mana datang seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menawarkan bantuan tetapi mereka menolak dan Abdullah kemudian bertindak menghubungi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) untuk tindakan selanjutnya.

Abdullah turut berharap insiden itu menjadi iktibar dan peringatan buat pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada di lokasi-lokasi yang dirasakan selamat tetapi sebenarnya bahaya.

Hantaran yang tular itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka selain mohon Plus menambah kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengelak kejadian sedemikian.

Zainab Junus, “Patut letak CCTV lebih banyak untuk elak. Sekarang pun ada R&R tertentu yang ada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) jaga. Sebab memang kadang orang tiada pilihan terpaksa juga berhenti untuk teruskan perjalanan. Kalau tengah malam siap ada bayi. Nak tak nak terpaksa,” katanya.

Kata Firdaus Ahmad, “Tak silap saya kes macam ini kat R&R Seremban memang dah banyak kali ‘viral’, sampai orang kata jangan parking kereta kat tempat tersorok. Dulu puak-puak ni suka buka penutup radiator. Sekarang ni potong ‘timing belt’ pula. Pihak berkuasa tolonglah buat sesuatu.”

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908