Cedera dilibas lelaki bertopeng – Apa Pun Share

Cedera dilibas lelaki bertopeng

Home / Cedera dilibas lelaki bertopeng

Cedera dilibas lelaki bertopeng

December 3, 2019 | News, Viral | No Comments

WANITA cedera selepas dilibas dengan sebilah pedang oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian pecah rumah di Kampung Muka Bukit dekat Machang, tengah malam tadi.

Mangsa cedera di kepala, bibir, jari kelingking dan tangan kiri dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu.

Wanita berusia 59 tahun dikatakan bergelut dengan lelaki tidak dikenali itu yang kemudiannya melarikan diri tanpa sempat mengambil barang dalam rumah mangsa.

Sumber polis berkata, mangsa dan suami berusia 69 tahun sedang tidur di bilik utama sebelum kejadian itu.

Menurutnya, mangsa kemudiannya tersedar apabila menyedari seorang lelaki yang memakai topeng muka membuka almari pakaian di tepi katilnya.

“Mangsa kemudiannya menjerit dan menyebabkan lelaki itu mengeluarkan sebilah pedang sebelum melibas ke arah mangsa.

“Wanita itu kemudiannya cuba menyelamatkan diri dan berlaku pergelutan dengan lelaki berkenaan sebelum dibantu oleh suami mangsa.

“Lelaki itu kemudiannya melarikan diri melalui pintu dapur dan mangsa seterusnya pergi ke rumah anak perempuannya yang berada bersebelahan rumah untuk mendapatkan bantuan,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Ganti Jimmy mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

hmetro

Share and follow us

About Author

Leave a Reply