Selena Gomez dikecam gara-gara pijak buku – Apa Pun Share

Selena Gomez dikecam gara-gara pijak buku

Home / Selena Gomez dikecam gara-gara pijak buku

Selena Gomez dikecam gara-gara pijak buku

December 3, 2019 | Viral | No Comments

NEW DELHI – Nama Selena Gomez menjadi sebutan ramai pengguna Twitter di India baru-baru ini susulan gambar tular memaparkan selebriti terkenal berkenaan memijak buku dalam sebuah kempen iklan.

Bekas bintang Disney berusia 27 tahun itu dilaporkan bekerjasama dengan jenama sukan terkenal, Puma bagi mempromosi koleksi SG x PUMA AW19 Fall/ Winter 2019.

Dalam salah satu gambar iklan terbabit, penyanyi kecil molek itu dilihat memperagakan pakaian sukan sambil memijak beberapa buah buku.

Aksi penyanyi tersebut mengundang kemarahan netizen di India yang menganggap Gomez tidak hormat kepada buku yang merupakan sumber ilmu.

SH

Share and follow us

About Author

Leave a Reply