Tak ada ‘cash’ pun tak apa! – Apa Pun Share

Tak ada ‘cash’ pun tak apa!

Home / Tak ada ‘cash’ pun tak apa!

Tak ada ‘cash’ pun tak apa!

December 3, 2019 | Viral | No Comments

PENGGUNAAN aplikasi WeChat di Malaysia tidak sehebat berbanding di China dan jangan terkejut apabila kebanyakan penduduknya menggunakan aplikasi berkenaan untuk berurusan termasuklah untuk tujuan mengemis.

Perkara tersebut dikongsi pengguna akaun Facebook, Fazil Irwan yang menceritakan bagaimana rakannya didatangi seorang pengemis wanita ketika berada di negara terbabit yang meminta wang, namun rakannya memberitahu tidak membawa wang tunai.

Bagaimanapun, jawapan pengemis tersebut di luar jangkaan apabila mencadangkan kepada rakan tersebut supaya wang sedekah dibuat melalui aplikasi WeChat Pay.

“Pengemis berkenaan memberitahu tidak mengapa, anda boleh membayar melalui WeChat. Begitulah katanya,” kata Fazil dalam hantarannya.

Fazil turut berkongsi gambar kejadian tersebut yang kini tular di media sosial dengan 22,000 tanda suka, 15,000 pengguna alam maya berkongsi gambar tersebut dan rata-rata netizen terkejut serta tidak menyangka urusan mengemis juga turut digunakan dalam aplikasi WeChat.

“Wah, tak sangka negara yang memang sebuah negara yang kini ke depan dalam pembangunan teknologi sehinggakan pengemis boleh masuk duit derma hanya melalui WeChat Pay sahaja. Fuh dahsyat,” tulis Lim San di Facebook.

Danim Idham pula memberitahu, “Senangnya cara cari duit sekarang ya, mana taknya, kalau bagi alasan tiada duit tunai atau duit kecil, boleh ‘bank in’. Ini kalau dekat Malaysia, tak jadi apalah engkau pengemis.”

-SINARHARIAN

Share and follow us

About Author

Leave a Reply