Badan beruang kutub diconteng T-34 – Apa Pun Share

Badan beruang kutub diconteng T-34

Home / Badan beruang kutub diconteng T-34

Badan beruang kutub diconteng T-34

December 5, 2019 | Animals | No Comments

Sebuah rakaman video di Artik, Rusia memaparkan badan beruang kutub disembur ‘T-34’ tular di media sosial.

Pakar bagaimanapun memberi amaran perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu boleh menjejaskan keupayaan haiwan terbabit untuk memburu makanan.

Susulan itu, satu siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti lokasi rakaman video tersebut yang dikongsi anggota Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Sergey Kavry di Facebook.

Difahamkan T-34 adalah kereta kebal yang memainkan peranan penting terhadap kekalahan Kesatuan Soviet di tangan tentera Nazi di Jerman ketika Perang Dunia Kedua.

“Saya tidak mendapat butiran lanjut tentang lokasi rakaman itu. Jika, ia bersifat untuk menyindir, ia satu bentuk tindakan yang tidak menghormati sejarah,” ujarnya.

Pegawai akhbar untuk WWF Rusia, Daria Buyanova turut terkejut dengan imej itu yang disifatkan sebagai ‘satu jenaka yang teruk’.

Sementara itu, seorang saintis di Institut Masalah Biologi di Kutub Utara, Anatoly Kochnev percaya haiwan itu mungkin telah diberi sedatif sebelum tulisan itu dibuat.

“Kejadian itu mungkin berlaku di wilayah terpencil Novaya Zemlya di mana pasukan pakar menembak ubat pelali ke atas beruang kutub yang berkeliaran di kawasan penempatan penduduk,” katanya.

-sinarharian

Share and follow us

About Author

Leave a Reply