Kerana mengawan 10 kali sehari, kemaluan itik terpaksa dipotong – Apa Pun Share

Kerana mengawan 10 kali sehari, kemaluan itik terpaksa dipotong

Home / Kerana mengawan 10 kali sehari, kemaluan itik terpaksa dipotong

Seekor itik jantan terpaksa dipotong kemaluannya apabila kemaluannya dianggap rosak selepas itik tersebut mengawan berterusan sehinggah 10 kali sehari dengan itik betina yang berada di pusat jagaan haiwan.

Pemilik itik tersebut, Josh Watson berkata, kemaluan itik bernama Dave itu luka dan dijangkiti kuman selepas mengawan tidak berhenti dengan itik-itik betina di situ, Dora, Freda dan Edith. Walaupun telah diberi antibiotik dan ubat tahan sakit Oktober lepas, Dave tetap meneruskan aktiviti mengawanya sehingga itik tersebut dirujuk kepada Hospital Haiwan Highcroft di Bristol.

Namun, veterinari di hospital tersebut, membuat keputusan untuk memotong kemaluan Dave, selepas melihat kemaluan itik itu rosak teruk. Walaubagaimana pun, kemaluan yang dipotong itu tidak membawa masalah untuk Dave kencing kerana ia hanya diguna untuk mengawan sahaja.

Ladbible

Share and follow us

About Author

Leave a Reply