Lulus caruman 2 peratus KWSP untuk isteri – Apa Pun Share

Lulus caruman 2 peratus KWSP untuk isteri

Home / Lulus caruman 2 peratus KWSP untuk isteri

Lulus caruman 2 peratus KWSP untuk isteri

December 5, 2019 | News | No Comments

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019 yang membenarkan pemindahan sebahagian caruman KWSP suami secara sukarela kepada akaun KWSP isteri atau isteri-isterinya.

Pindaan itu antara lain memperuntukkan kadar caruman yang akan dipindahkan ialah sebanyak dua peratus daripada caruman ahli KWSP yang memilih untuk memindahkan carumannya kepada isteri atau isteri-isterinya.

Ini adalah langkah kerajaan untuk melaksanakan fasa ketiga Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 8 Ogos tahun lalu.

Insentif i-Suri diumum pada pembentangan Belanjawan 2020 sejajar dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan iaitu caruman KWSP untuk suri rumah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, pemindahan caruman dua peratus daripada 11 peratus KWSP suami kepada akaun isteri adalah secara sukarela.

Amiruddin menjelaskan pemindahan wang caruman ini hanya akan dihentikan apabila berlaku kematian atau perceraian dengan syarat, ia dimaklumkan kepada pihak KWSP.

Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019 antara lain juga bertujuan mengemas kini peruntukan bagi menghalang majikan yang tidak membayar caruman daripada meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah, serta membenarkan ahli yang telah mencapai 55 tahun untuk membuat pengeluaran hilang upaya atau pengeluaran meninggalkan negara.

Harian Metro

Share and follow us

About Author

Leave a Reply