Pada dua tahun lalu, tular seorang lelaki bertindak menyaman bekas tunangnya setelah berpisah dengannya tanpa sebab.

Kejadian itu juga menyebabkan dia kerugian lebih RM30,000 untuk membuat persiapan perkahwinan.

Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 30, memuat naik status terbaharu di Twitter semalam dan berkongsi berita gembira bahawa dia akhirnya berjaya menuntut keadilan tersebut.

“Alhamdulillah. Tiga tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong.

“Mahkamah telah memutuskan pihak defendan untuk membayar jumlah ganti rugi yang ditetapkan kepada plaintif kerana defendan gagal mengemukakan alasan atau sebab enggan berkahwin. Tu jela saya nak beritahu.

“Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu, saya harap defendan mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ini lagi pada orang lain,” katanya.

Perkongsiannya menerusi Twitter yang ‘trending’ menyebabkan dia dihujani kata-kata tahniah daripada netizen termasuk rakan-rakannya.

Kata @selambedal, “Alhamdulillah. Kemenangan bagi lelaki yang tersakiti.”

“Belanjakan sebanyak RM30,000 dan akhirnya tak jadi kahwin, memang patut pun kamu lawan pasal benda ini. Good moves,” tulis @pogjack6 pula.

@anurains pula berkata, “Seronoknya dengar kisah macam ni. Tak adalah orang anggap semua benda mudah je. Masa nak ditatang, masa tak nak lempar gitu je. Senang je bagi alasan tak ada jodoh. Baru tahu rasa. Tahniah!.”

“Good job bro. Jangan buat orang perempuan pijak suka hati walaupun saya pun perempuan. Saya tahu lelaki yang betul-betul nak kahwin ni akan kumpul duit sendiri atas usaha sendiri. Nasib baik baru tunang kalau dah kahwin” kata @fatin.

Sebelum ini, laman sosial tular kisah mahligai impian Ezrin musnah selepas hampir enam bulan membuat persiapan.

Secara rasminya mereka tiada hubungan pada 31 Disember 2016 selepas berkenalan tiga tahun dan bertunang 9 Julai 2016.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908