Kan dah kena cari…

December 20, 2019 | Crime, News | No Comments

POLIS meminta orang ramai mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan meminta derma melalui media sosial.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mendapati suspek dikenali sebagai Saiffudin menggunakan media sosial untuk meraih simpati bagi meminta bantuan kewangan.

“Suspek dikesan memuat naik pelbagai gambar bayi dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik dan meminta sumbangan dari orang ramai dengan menggunakan beberapa akaun perbankan.

“Sehubungan itu, polis sedang mengesan dua individu untuk tampil membantu siasatan iaitu Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy, 22, yang beralamat terakhir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jalan Miri Off, Kuala Lumpur.

“Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah, 20, yang beralamat terakhir di PPR Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dua individu itu diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin di talian 013-906 3634 atau hubungi Inspektor Razmil Razak di talian 012-715 0785,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908