Month: January 2020

Home / Month: January 2020

Self-styled online accident investigator Sasirin Pokpun claimed on Facebook on Friday (January 30) that a member of South Korea’s national cycling team had been struck and killed on a Chiang Mai road.

Sasirin posted photos of the accident scene on Mae Rim-Samerng Road leading to Mount Mon Jaem in Mae Rim district.

She said the Korean national team is training in Thailand from January 18 to February 25, and cited unnamed witnesses as saying one of the team’s members – an Asian youth cycling league champion – had been struck down by a pickup truck at about 10am on Wednesday and died at the scene soon after.

Sasirin asked anyone who happened to be passing the scene at that time in a vehicle with a dashboard camera to contact her via Line ID ‘thunderxxx’ so she could try and determine how the accident happened.

AsiaOne

A man in Selangor, Malaysia, left his two daughters alone at home, not knowing it would be the last time he’d see one of them alive.

His three-year-old daughter was killed while her six-year-old sister was severely injured after the pair fell from a building on Tuesday (Jan 28), reported Bernama.

They were believed to have fallen from the fourth floor of a teacher’s dormitory, onto an open area of the quarters.

Their bodies were discovered by their mother when she returned home from work at 5.30 pm that day.

With the help of her neighbours, she immediately rushed her daughters to Selayang Hospital.

Unfortunately, the younger girl suffered from extensive injuries and was pronounced dead by doctors at around 6 pm, according to the Harian Metro.

The other girl suffered broken arms and legs

“Her six-year-old sister, who also fell but survived, is in a stable condition,” the district police chief said in a press conference on Wednesday (Jan 29). “We believe that she managed to survive her fall as she fell onto the grass as opposed to the deceased.”

According to the police, there were no witnesses at the time of the incident. 

Preliminary examinations revealed that their mother had left the children in their father’s care before leaving for work. Although he was supposed to look after them, he stepped out for a while to pick up his third child from a nearby caretaker and left the two girls alone at home. 

Both parents, as well as their neighbours, will be brought in for questioning by the police. 

The victim’s post mortem is still ongoing. 

AsiaOne

KUCHING – Berkuat kuasa hari ini, semua pelawat yang memasuki Sarawak dikehendaki mengisi borang pengisytiharan kesihatan sebagai langkah membendung jangkitan novel koronavirus di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, borang pengisytiharan disediakan di semua laluan masuk pemeriksaan sempadan selain diedar kepada penumpang pesawat.

“Borang (yang sudah diisi) perlu diserahkan kepada pihak imigresen dan ia akan turut diteliti pegawai perubatan di kaunter masuk,” katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai usaha membendung jangkitan koronavirus.

Beliau berkata, pengisytiharan itu turut melibatkan pelawat yang membawa kenderaan menggunakan feri dari Wilayah Persekutuan Labuan dan penumpang penerbangan dari Taman Negara Mulu memandangkan ada penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke lokasi itu.

“Memang ada negara lain yang menguatkuasakan peraturan pengisian borang pengisytiharan seperti ini dan SOP (prosedur pengoperasian standard) di semua pintu masuk adalah seragam (dalam soal ini),” kata Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak.

Dalam pada itu, Uggah berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan bekalan kit ujian segera darah dalam tempoh seminggu lagi sebagai satu lagi langkah menangani koronavirus.

Katanya, penggunaan kit itu membolehkan ujian awal dilakukan segera bagi mempercepat proses persampelan darah sebelum dihantar ke Kuala Lumpur untuk dianalisis.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan membeli dua lagi alat pengimbas suhu bagi memeriksa tahap kesihatan pelawat yang tiba di lapangan terbang Sibu dan Bintulu.

“Memandangkan lapangan terbang Sibu dan Bintulu belum ada lagi alat tersebut, kita (kerajaan negeri) mahu ia diuruskan secepat mungkin, maksudnya semua lapangan terbang di Sarawak iaitu di Miri, Sibu, Bintulu dan Kuching akan ada pengimbas suhu,” katanya.

Beliau turut meminta mereka yang tiba dari China dalam tempoh 14 hari lepas untuk mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing dan majikan mereka akan dihubungi JPBN bagi membenarkan mereka bercuti dalam tempoh kuarantin itu.

Orang ramai turut dinasihat agar mendapatkan maklumat daripada JPBN dan Kementerian Kesihatan berhubung jangkitan koronavirus dan tidak menyebar maklumat tidak sahih mengenai perkara itu. 

-sinarharian

Hati-hati dengan wabak koronavirus!

January 31, 2020 | Health, Viral | No Comments

Koronavirus mudah tersebar melalui hidung dan mata

TAHUN baharu 2020 bermula suram apabila dunia dikejutkan dengan serangan dahsyat koronavirus yang bermula di Wuhan, China sebelum merebak ke seluruh dunia.

Koronavirus atau singkatannya, CoV, dikatakan sangat berbahaya. Virus yang menjangkiti paru-paru dan saluran pernafasan itu boleh menyebabkan mangsa mati jika tidak dirawat segera.

Di China sahaja setakat semalam, lebih 100 orang meninggal dunia akibat koronavirus. Susulan wabak berkenaan, Wuhan kini bertukar menjadi bandar mati selepas 11 juta penduduknya dikuarantin sejak kira-kira seminggu lalu.

Selain Wuhan, sekurang-kurangnya 17 buah bandar lain melibatkan 56 juta penduduk turut dikuarantin bagi mengelak penularan wabak berkenaan. Itulah penangan CoV.

Barangkali, disebabkan takut, ramai rakyat China mula berhijrah. Ironinya banyak negara lain sudah bertindak menutup pintu laluan masuk buat mereka walaupun ada si pembawa virus sudah lolos di negara ini.

Sama ada kerajaan Malaysia turut akan mengambil langkah menutup pintu atau tidak buat mereka dari China, ada sesuatu lebih menakutkan seantero dunia.

Wabak berbahaya itu berasal hanya daripada binatang liar. Ada pula mendakwa virusnya seakan-akan ‘senjata kimia’ untuk menyerang negara Amerika Syarikat.

Mampukah wabak penyakit itu menjadi ‘tentera serangan’? Apakah pengakhiran wabak yang dikatakan belum ada penawarnya itu? Haiwan liar mana yang menjadi punca wabak? Ikuti kupasan Sihat:Aktif pada minggu ini.

Serangan virus ‘zombi’

TIDAK semena-mena ramai penduduk yang rebah dalam sela masa tidak berapa lama. Mangsa ditemukan ‘mati’ terbaring di merata lokasi.

Kondisi kesemua mangsa sama. Tiba-tiba lemah dan pengsan hingga terbaring tidak kira sama ada di dalam, luar bangunan atau di dalam gerabak serta stesen tren awam tanpa memberikan sebarang respons.

Orang ramai berhampiran yang sememangnya sudah sedia takutkan jangkitan, panik menjauhkan diri. Tidak berani mendekati apalagi membantu.

Mangsa hanya dibawa mendapatkan rawatan sejurus ketibaan anggota kesihatan yang lengkap dengan sut perlindungan.

Jika bernasib baik, mangsa sempat diberi bantuan, sebaliknya ramai yang menemui ajal. Umpama dalam filem, mahu mengelak diri daripada individu yang sudah menjadi zombi dek terkena jangkitan virus ngeri, ramai penduduk ketakutan hanya mengurungkan diri dalam rumah masing-masing.

Mereka juga dikuarantin dan diperiksa di mana-mana. Itu yang berlaku di Wuhan, wilayah Hubei, China sejak dua ke tiga minggu lalu.

Semuanya gara-gara serangan wabak koronavirus. Apa yang menakutkan, jangkitannya kian merebak hingga menjadi ancaman di seluruh dunia.

Susulan terdapat beberapa kes radang paru-paru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laman sesawangnya melaporkan, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan koronavirus yang baharu dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui. Hal itu mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai sejauh mana tahap bahaya dan kesan jangkitannya terhadap manusia.

Perlu pelindung mata

Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus. Menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada yang lebih berbahaya, sindromnya seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV).

Persoalannya, mengapakah wabak itu kian agresif sehinggakan Wuhan sendiri ibarat ‘bandar zombi’?

Benarkah ia bakal menjadi bayang-bayang hitam seantero dunia?

Menyingkap isu di sebalik penularan wabak koronavirus, Sihat:Aktif mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru (Respiratori), Sunway Medical Centre Velocity, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa.

Agak mengejutkan, wabak koronavirus atau lebih dikenali sebagai ‘2019nCoV’ sebenarnya mempunyai komponen genetik yang paling serupa terdapat pada ular dan kelawar.

Koronavirus mempunyai banyak jenis. Antara yang terkenal ialah MERS-CoV yang pernah menjadi wabak sekitar tahun 2012 hingga 2013 dan SARS (2003).

Terang Dr Nurul Yaqeen, jangkitan juga boleh merebak melalui mata! Jika pesakit terdedah kepada air liur, air bersin dan tangan yang sudah tercemar dengan bakteria itu, ia boleh menjadi punca.

“Mata terhubung dengan hidung melalui kelenjar lakrimal (kelenjar yang merembeskan air mata). Jadi, tidak aneh jika ia boleh merebak melalui mata.

“Meskipun topeng muka melindungi hidung serta mulut, ia tiada pelindung mata.

Itu sebab petugas kesihatan perlu memakai alat pelindung mata,” katanya kepada Sihat:Aktif.

Virus yang ada pada tangan juga boleh disebarkan ke mata melalui sentuhan.

Kongsi Dr Nurul Yaqeen, seorang pakar perubatan dari Universiti Southamptom, United Kingdom, Dr Michael Head, juga menyokong dakwaan berkenaan.

“Virus ini boleh merebak melalui manusia setelah melalui proses mutasi. Kajian terbaharu membuktikan ia boleh merebak antara manusia.

Beberapa kes kematian telah dicatatkan. “Ular berbisa spesies many-banded krait berkemungkinan menjadi punca asalnya penularan wabak koronavirus yang membawa penyakit berkaitan pernafasan yang merebak di China, sejak akhir Disember tahun lalu,” katanya.

Siapa berisiko?

Ya, lapor CNN, ular yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Bungarus multicinctus itu, merupakan spesies elapid berbisa yang sering ditemui di selatan China dan Asia Tenggara.

Laporan juga mendapati, ular spesies itu sering dijual di pasaran tempatan sebagai makanan eksotik di Wuhan, sekali gus mengaitkannya sebagai punca wabak itu bermula.

Mereka yang pernah melawat bandar Wuhan atau China dalam tempoh 14 hari sebelum simptom adalah individu paling berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

Selain itu, individu yang berhubung rapat dengan pesakit yang dijangkiti virus 2019nCoV seperti ahli keluarga, rakan serumah, doktor dan jururawat yang merawat juga berisiko, ujar Dr Nurul Yaqeen.

Kongsinya lagi, lima kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak itu adalah individu yang berusia kurang dari enam tahun dan melebihi 65 tahun.

Pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang juga berisiko.

“Pesakit kanser yang baru selesai menjalani rawatan kimoterapi, pesakit HIV dan yang menerima rawatan transplan atau pesakit reumato dan mengambil ubat-ubatan ‘immunosuppressant’ juga berisiko mudah terkena wabak ini,” jelasnya.

Setakat Ahad lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat empat kes positif yang melibatkan pelancong dari Wuhan, China.

Mereka ialah seorang nenek berusia 66 tahun dan dua orang cucu berumur dua dan 11 tahun. Kesemua mereka mempunyai hubungan dengan dua lelaki yang telah diuji positif koronavirus di Singapura pada 22 Januari lalu.

Kes terbaharu pada 25 Januari lalu, disahkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Wuhan. Bagaimanapun, ia dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan tiga kes positif seperti yang disahkan sebelum ini.

KKM telah mengaktifkan semua Pasukan Tindakan Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) ekoran kes koronavirus di negara ini.

Pasukan-pasukan itu ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan ditempatkan di fasiliti kementerian di seluruh negara termasuk di hospital dan klinik.

Syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Air dan AirAsia telah membekukan semua penerbangan dari Wuhan, mahupun ke sana susulan wabak itu.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) juga bekerjasama rapat dengan KKM bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang yang merupakan pintu masuk utama negara.

Sementara itu, misi diplomatik Malaysia, termasuk kedutaan di Beijing, sedang menubuhkan pasukan tindak balas kecemasan untuk membantu rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas oleh wabak koronavirus tersebut.

Saranan Dr Nurul Yaqeen untuk meminimumkan risiko koronavirus:

1. Menangguh perjalanan ke China berikutan wabak koronavirus kecuali atas urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

2. Terus tularkan amalan etika batuk dan bersin yang sihat. Tutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk dan bersin. Buang tisu tersebut ke dalam tong sampah.

3. Amalkan langkah pencegahan seperti membasuh tangan menggunakan sabun dan pensanitasi tangan serta mengenakan topeng muka dan pelindung mata.

4. Elakkan berkunjung ke tempat tumpuan ramai, ladang haiwan ternakan, pasar yang menjual binatang hidup, pusat sembelihan dan tidak menyentuh sebarang jenis haiwan.

5. Penting sekali, elakkan bersentuhan dengan pesakit yang dijangkiti 2019-nCoV. Jika terpaksa bersentuhan, pakai alat perlindungan dan basuh tangan selepas itu.

Penyebab masalah pernafasan serius, belum ada penawar

SEHINGGA kini belum ada penawar bagi koronavirus.

Pun begitu, tindakan yang boleh dilakukan adalah mengesan kes lebih awal bagi menghalang berlakunya sebarang komplikasi.

Pegawai Perubatan Umum Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Norsyazriyatul Aisyah Mohd Subki berkata, satu-satunya kaedah yang boleh digunakan untuk pesakit positif dengan virus tersebut adalah melalui kuarantin dan merawat gejala seperti batuk, selesema dan demam.

Apa tidaknya, menurut Dr Norsyazriyatul, ia berikutan komplikasi serius boleh berlaku dalam kalangan 20 peratus pesakit yang berisiko mengalami masalah gangguan pernafasan serius.

Lebih dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), kumpulan pesakit ini memerlukan rawatan di unit rawatan rapi. “Lima peratus pesakit koronavirus boleh mengalami kegagalan pernafasan, jangkitan kuman di dalam darah dan masalah kegagalan organ utama,” ujarnya.

Mengulas mengenai dos nelfinavir yang dikatakan mampu mengubati wabak berkenaan, terang Dr Norsyazriyatul, ia masih belum dapat disahkan.

Pun demikian, nelfinavir hanya ubat antiretroviral yang digunakan untuk penyakit HIV dan biasanya akan digabung bersama ubat lain, katanya. Menurut Wall Street Journal, beberapa pengeluar ubat-ubatan di Amerika Syarikat (AS) dan penyelidik di Universiti Queensland, Australia kini sedang bekerja keras membangunkan vaksin virus baharu tersebut.

CNN juga melaporkan bahawa Institut Kesihatan Kebangsaan, agensi utama kerajaan AS yang bertanggungjawab untuk penyelidikan kesihatan bioperubatan dan penyelidikan kesihatan awam, juga sedang menghasilkan vaksin.

Sepasukan saintis di Texas, New York dan China juga berusaha menghasilkan vaksin terbabit, kata CNN, yang memetik Dr Peter Hotez, seorang saintis vaksin di Kolej Perubatan Baylor di Houston.

Terdahulu, sekata seperti Dr Nurul Yaqeen, Dr Norsyazriyatul berkata, simptom penyakit koronavirus sama seperti jangkitan selesema. Ini termasuk batuk, selesema, demam, sakit dan lenguh badan serta menyebabkan komplikasi kepada pesakit yang lemah imuniti seperti pneumonia (jangkitan paru-paru).

Golongan yang lemah imuniti dan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua yang mempunyai masalah kesihatan, ibu mengandung, pesakit kanser serta yang lain-lain sangat berisiko dan mudah dijangkiti. Jelas Dr Norsyazriyatul, koronavirus merupakan ‘keluarga virus’ yang kebanyakannya dijumpai dalam haiwan seperti unta, kelawar, kucing dan lain-lain khususnya spesies mamalia.

“Koronavirus yang menjangkiti manusia adalah seperti Mers-Cov dan SARS serta yang terbaharu, koronavirus adalah sejenis virus yang termutasi,” jelasnya.

Cara jangkitan dipercayai boleh berlaku melalui pemakanan atau tenusu daripada haiwan mentah, sentuhan terus dengan haiwan dan jangkitan individu kepada individu lain melalui titisan pernafasan seperti bersin dan batuk.

“Jadi, tegasnya haiwan berkenaan tidak semestinya menjadi punca utama penyebaran virus berkenaan,” katanya.

ANEKDOT

Perbandingan Virus Koronavirus dan Influenza

1. KORONAVIRUS

Virus nCov, MERS-CoV atau SARS-CoV.

– CARA PENYEBARAN

Melalui pesakit yang batuk dan selesema, sentuhan, makanan yang tidak dimasak dengan bersih dan sempurna.

– SIMPTOM

Demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan, sesak nafas.

– KOMPLIKASI

Jangkitan paru-paru, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), kegagalan buah pinggang dan kematian.

– RAWATAN

Tiada protokol rawatan spesifik.

– VAKSIN

Tiada

2. VIRUS INFLUENZA

Virus influenza A, B atau C

– CARA PENYEBARAN

Melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin serta menerusi sentuhan.

– SIMPTOM

Demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan.

– KOMPLIKASI

Jangkitan paru-paru, keradangan pada jantung (miokarditis), otak (ensefalitis) atau tisu otot (miositis, rabdomiolisis).

– RAWATAN

Konservatif, antiviral.

– VAKSIN

Ada dan perlu diambil setiap tahun.

-sinarharian

Bangunan kosong jadi hospital dalam tempoh 48 jam

January 31, 2020 | Viral | No Comments

WUHAN – Berikutan lambakan pesakit dijangkiti wabak koronavirus, bangunan kosong di sini berubah menjadi sebuah hospital dalam tempoh 48 jam bagi menempatkan para pesakit.

Itu kehebatan negara Tanah Besar China apabila menempatkan kira-kira 1,000 katil untuk pesakit itu di hospital tersebut, lapor Daily Mail.

Dengan bantuan sukarelawan seramai 500 orang, hospital dikenali Pusat Perubatan Serantau Dabie Mountain sepatutnya buka pada Mei ini bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap saat.

Pihak berkuasa tempatan berkata, bangunan itu kini dilengkapi bekalan air, elektrik serta kemudahan internet telah menerima pesakit pertamanya hari ini.

Bagaimanapun, projek pembinaan hospital koronavirus pertama ketika musim perayaan Tahun Baru Cina masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 3 Februari ini.

Kerajaan China dilaporkan akan membina sekurang-kurangnya empat hospital sementara bagi menempatkan pesakit koronavirus baharu di negara itu.

Dua daripadanya dibina di Wuhan, bandar yang terjejas teruk akibat penularan wabak berkenaan, manakala dua lagi masing-masing dibina di Huanggang yang terletak berhampiran bandar itu dan Zhenzhou, di tengah wilayah Henan.

-sinarharian

The outbreak of the Wuhan virus has resulted in quarantine measures and travel restrictions, and Apple’s supply chain is expected to be affected significantly.

Sources familiar with the situation told Nikkei Asian Review that planned production of some Apple products could be affected by the coronavirus situation in China. As the main manufacturing plants in Henan and Guangdong provinces are near the epicentre of the coronavirus outbreak, there are “massive uncertainties and challenges” for the production of the iPhones and AirPods.

Foxconn, which is the world’s biggest manufacturer of the iPhones, warned last week that the Wuhan virus outbreak and mass travel during the Lunar New Year could disrupt supply chains. In addition, the company is considering whether to allow its staff to return after the holidays.

The coronavirus outbreak could put the mass production of Apple’s next generation iPhone SE model at risk as it is said to begin sometime in February. In addition, supplies of the AirPods are likely to be disrupted as well since most of its production is in China.

AsiaOne

Of all the complaints to receive, this one topped one flight stewardess’ list. 

Ong Weiyu, an air stewardess for Singapore Airlines (SIA), found herself on the receiving end of an open complaint from an unsatisfied passenger who had issues with her attitude and service — she had allegedly not addressed her as Madam

Disgruntled by the passenger’s complaint, she ranted about it on Facebook yesterday (Jan 29). The post has since been removed. 

The passenger had aired her displeasure towards Ong on one of SIA’s Facebook posts on Jan 22. In her comment, she criticised the flight attendant for failing to address passengers as Sir or Madam, as well as for informing her that there were no pillows available on her flight from Denpasar to Singapore on Christmas Day.

She also alleged that none of the flight attendants wished passengers Merry Christmas.

PHOTO: Screengrab/Facebook

“Basic courtesy is a must for the service industry like a smile and salutation,” she wrote. 

Ong, on the other hand, offered a different account of the story. 

PHOTO: Screengrab/Facebook

She first explained how it was mandatory for flight attendants to address their passengers as Sir or Madam. However, the passenger had allegedly told her: “Miss Ong, you are very rude. You shouldn’t address us as Sir or Madam.”

At a loss for words, Ong had excused herself. She initially thought the passenger might have been a member of SIA’s Priority Passenger Service Club (PPS) and therefore would be granted additional privileges and personalised service, but it turned out otherwise.

According to Ong, the passenger and her family were last-minute additions to the flight. As such, they had also signed a waiver, clearing the airline of any fault should they not receive an in-flight meal. Even so, as the woman had two kids with her, Ong decided to serve them as per normal.

Despite her efforts, she claimed that the passenger subsequently ignored her when asked if she would like a drink, nor did she thank Ong for providing her kids with meals.

“She was the only one being all sulky,” Ong wrote, elaborating that the children and her husband were amicable.

The flight attendant’s Facebook post caught the attention of many prior to its removal, gathering over 300 shares as of today (Jan 20).

While some netizens commented that the passenger appeared to be rather self-entitled, others questioned if SIA staff members were allowed to vent their frustrations on a public platform.

An SIA spokesperson told AsiaOne that the relevant department was looking into the matter. In the meantime, they have reached out directly to the customer.

We’ve also reached out to Ong for more details.

AsiaOne

Telefon pintar paling kecil dunia

January 31, 2020 | Tech | No Comments

REKA bentuk miniatur yang unik dan ultra ringan bukan halangan. Tugasnya seperti merakam gambar, video, berbual, pesanan ringkas, permainan dalam talian, kalendar serta banyak lagi adalah antara perkara yang mampu dilakukan dengannya.

Apa yang pasti, gajet mini sebesar pemetik api pun ada permintaannya. Zini Mobiles sebagai contoh, memperkenalkan Zanco T2, inovasi gajet telefon pintar 3G paling kecil di dunia!

Barangkali agak pelik dan melucukan kerana saiz kerdil tidak ubah seperti telefon mainan. Dalam perkongsian newatlas.com, perincian menarik spesifikasi fitur baharu itu dalam kelas tersendiri.

Fungsinya lebih praktikal berbanding telefon kasut pintar Maxwell yang pernah mengejutkan industri telekomunikasi suatu ketika dahulu.

Menariknya, meskipun saiz tak ubah seperti sekotak gula getah, namun keupayaannya sama seperti telefon pintar lain seperti merakam gambar dan video bersaiz resolusi 128 x 96 piksel.

Justeru, jangan pandang sebelah mata kerana sekecil-kecil peranti dengan saiz satu inci skrin LCD itu, ia berada dalam kelasnya tersendiri.

Menurut Shazad Talib, ketika ini telefon pintar dilihat lebih canggih yang didatangkan dengan harga semakin mahal, biarpun materialnya berat dan mudah ‘rapuh’.

“Zanko T2 pula dicipta sebagai alternatif telefon pintar mampu milik dengan daya ketahanan lebih lasak, ultra ringan dan kompak untuk menjalankan aktiviti seharian.

“Saya percaya si kecil ini mampu menjadi solusi berbanding membawa peranti pintar yang tidak sesuai dibawa untuk aktiviti ekstrem,” kata pengasas Zini Mobiles tersebut.

Suka perbezaan

Agak mengejutkan apabila telefon dengan saiz 2.4 inci x 1.18 inci x 0.65 inci itu mampu berfungsi sebagai peranti alternatif buat si peminat gajet yang sukakan perbezaan.

Mungkin penciptaan fitur baharu dengan berat hanya 31 gram tersebut menjadi berita baik buat pengguna yang sukakan minimalis kerana tidak mustahil, ada peminatnya tersendiri.

Peranti versatil itu agak mengujakan kerana memiliki bateri yang mampu bertahan sehingga tujuh hari selain memiliki ciri storan 32 gigabit (GB) dan akses sambungan Bluetooth.

Bagi mereka yang inginkan kebebasan, peranti cilik itu sememangnya direka untuk menjauhkan diri daripada gangguan emel dan media sosial tanpa meminggirkan komunikasi yang penting-penting sahaja.

Dengan saiz yang comel, ia mudah dibawa ke mana-mana walaupun dengan poket terhad. Sama ada jika mahu berjoging sambil mendengar muzik, Zanco T2 mampu menjadi peneman setia.

Tidak dinafikan, dengan saiz seumpama itu pasti wujud pro dan kontranya. Bagi pemilik jari besar, agak susah untuk menaip pesanan ringkas menggunakan pad halus, apatah lagi bermain permainan seperti ular atau tetris.

Setiap orang memiliki kecenderungan yang berbeza.

Ada yang suka dan ada yang menolak rekaan seumpama itu kerana lebih memilih jam pintar yang memiliki konsep sama.

Meskipun harganya masih belum diumumkan, fitur baharu itu dijangka akan menembusi pasaran bermula April nanti. Pastinya ada yang tidak sabar untuk menunggu kemunculannya nanti.

-sinarharian

Apparently unhappy that the hospital had run out of the medication he needed, a man in Xiaogan, a city in Hubei, China, pulled down his mask and coughed at the hospital staff.

The two staff members immediately got up from their seats and ran away from him.

According to Shangyou News, the man had just returned home to Xiaogan from Wuhan when he started feeling feverish. He had initially gone to Xiaogan Central Hospital for treatment but hadn’t recovered, hence he went to the Women’s and Children’s Hospital for a second checkup on Monday afternoon (Jan 27).

Even though the doctor wrote a prescription for him, the patient was informed that the medication was unavailable.

In the hospital’s CCTV footage, the man could be seen handing over a card to the staff behind the counter before pulling down his mask to cough at them.

A woman could be heard explaining that the man had a high fever of 39 degrees for four days. After finding out they had run out of the medicine in his prescription, the patient allegedly threw a temper and demanded a refund.

The man was merely suffering from a case of the regular cold and fever, a hospital representative told PearVideo.

After the patient left, the area was quickly disinfected and the hospital reported the incident to the police department. The man has since been located and he has consented to co-operate with the authorities.

“This incident left a lot of our staff angry,” the director of the hospital told The Paper. “But we can understand how the patient felt at that moment. We don’t want to cause problems for him either.”

AsiaOne

Over the past week, health authorities have been actively debunking false news and misinformation on social media in an attempt to prevent public panic about the 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) outbreak

The Ministry of Health (MOH) has repeatedly tweeted and called on Malaysians to stop spreading fake news, pictures, and videos surrounding the outbreak.

In the midst of misinformation being spread, an individual suspected of spreading false news about the virus was arrested

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) announced that they arrested a 34-year-old man in Bangi, Selangor at 4pm yesterday, 28 January, to aid in investigations over a Facebook post that went up on 26 January.

Investigators also seized a mobile phone and SIM card that were believed to have been used to make the fake viral post about the virus.

The suspect is being investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998, which carries a maximum fine of RM50,000 or jail term of not more than one year, or both

“The stern action is among efforts by the MCMC and Royal Malaysia Police (PDRM) to control the spread of false news on the novel coronavirus by irresponsible individuals, which could jeopardise national stability and public peace,” said the commission.

Malay Mail reported that law enforcement authorities were pursuing three other people over similar offences.

Meanwhile, MOH has compiled a list of the several fake messages that have been circulating in the country in a bid to stop the false alarm

Below are the messages identified and discredited by the Ministry of Health:

WhatsApp
– The first Wuhan virus suspect in Malaysia was admitted to Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
– A coronavirus patient was sent to KPJ Seremban Specialist Hospital.
– The first cases of 2019-nCoV found in Hospital Seberang Jaya, Penang were two Chinese nationals.
– A father of a student from Sekolah Kebangsaan Paka in Terengganu became ill with the Wuhan virus three days after coming back from umrah.
– There was a patient with Wuhan virus in International Islamic University Malaysia (IIUM) Hospital in Kuantan.
– A seven-year-old was found to be coronavirus positive in Hospital Likas, Sabah.
– A list of areas in Selangor with virus outbreaks which also accused the government of claiming they were virus-free.
– A Chinese tourist infected with the virus was staying at Tropicana 218 Macalister Apartment in Penang.

Facebook
– A citizen of “Wong Tong”, China suspected to be infected with coronavirus was in Ayer Keroh Polyclinic in Melaka.
– A picture of the virus under a high-powered microscope.
– Five individuals who just got back from Wuhan suspected with coronavirus were being quarantined in Hospital Sultanah Nur Zahirah in Kuala Terengganu.
– Some died after fainting and having a seizure due to the Wuhan virus in Shah Alam, Selangor.
– A few pictures showing hundreds of Chinese tourists arriving in Langkawi to escape the outbreak.

Twitter
– Mahkota Medical Centre in Melaka was closed due to a death from the coronavirus.
– The first case of the virus was found in a private hospital in Kuantan, Pahang.

SAYS

//ofgogoatan.com/afu.php?zoneid=2458908