Dibakar kerana tolak cinta

Home / Dibakar kerana tolak cinta

Dibakar kerana tolak cinta

February 6, 2020 | News, Viral | No Comments

New Delhi: Bengang ‘cinta tak bersambut’, seorang lelaki di India bertindak menjirus minyak petrol dan menyalakan api pada seorang pensyarah wanita berusia 24 tahun.

Kejadian pada pagi Isnin di kawasan Hinganghat, Wardha, Maharashtra itu menyebabkan mangsa melecur 40 peratus dan kini dirawat di sebuah hospital.

Inspektor Polis Satyaveer Bhandivar berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke kolej untuk mengajar.

“Suspek secara tiba-tiba menjirus minyak petrol dan menyalakan api. Mangsa diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian.

“Selepas melakukan perbuatan itu, lelaki itu terus melarikan diri dari lokasi,” katanya.

hmetro

,

About Author

Leave a Reply

//ofgogoatan.com/afu.php?zoneid=2458908