Pengasuh warga Thailand disyaki bunuh bayi

March 13, 2020 | News | No Comments

WANITA warga Thailand berusia lewat 30-an ditahan polis selepas dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki berusia 10 bulan ketika dalam jagaannya di Taman Sri Indah, Serdang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pegawai perubatan Hospital Serdang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri 5.15 petang semalam.

Menurutnya, bantuan pernafasan diberikan namun mangsa gagal diselamatkan.

“Siasatan mendapati mangsa dibawa ke hospital oleh bapanya yang mengambil di rumah pengasuh selepas dimaklumkan wanita itu pada 4.30 petang mengenai anaknya yang lemah.

“Ibu bapa mangsa bekerja dan sudah lama mengenali wanita warga Thailand itu yang berkahwin dengan lelaki tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismadi berkata, mangsa sebelum itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat jam 8 pagi.

“Bedah siasat dijalankan hari ini dan punca kematian akibat ‘Abdominal Injury Due To Blunt Force Trauma’.

“Susulan itu, pengasuh terbabit ditahan dan akan dibawa ke mahkamah Petaling Jaya esok untuk memohon reman,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908