Tokan dadah wanita dicekup

Home / Tokan dadah wanita dicekup

Tokan dadah wanita dicekup

March 13, 2020 | News | No Comments

WANITA ditahan bersama heroin, syabu serta ganja bernilai RM18,200 di sebuah rumah di Taman Langkawi, di Langkawi, kelmarin.

Ketika serbuan 7 malam itu, ‘tokan’ berusia 36 tahun terbabit berlari dari bahagian dapur untuk bersembunyi dalam bilik, selepas menyedari kehadiran polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berasal dari Jengka, Pahang ditahan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

“Hasil pemeriksaan menemui 42 peket plastik lut sinar mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki syabu seberat 201.47 gram (g) di lantai rumah itu.

“Turut ditemui, 11 peket plastik lut sinar mengandungi serbuk putih disyaki heroin dengan anggaran berat 105.49 g dan enam paket ganja seberat 29.98 g,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati suspek adalah penganggur dan mendapat bekalan dadah daripada suaminya yang kini tinggal di Perak.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//ofgogoatan.com/afu.php?zoneid=2458908