Wanita usia 68 lahir bayi kembar

April 24, 2020 | News | No Comments

Adenuga bersama suaminya teruja dikurniakan pasangan bayi kembar pada usia 60 tahun ke atas. – Foto CNNAA

LAGOS – Seorang wanita Nigeria selamat melahirkan pasangan bayi kembar pada usia 68 tahun.

Margaret Adenuga menjalani tiga prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebelum disahkan hamil anak kembar.

Suaminya Noah Adenuga, 77, memberitahu CNN, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1974 tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata dan mahu menimang anak sendiri.

Adenuga yang juga pesara juruaudit saham mengakui mereka tidak pernah berputus asa walaupun usaha mereka gagal.

“Bayi kami selamat dilahirkan menerusi pembedahan pada usia 37 minggu Selasa lalu di Hospital Pengajaran Universiti Lagos (LUTH),” katanya.

Dr Adeyemi Okunowo, yang menyambut kelahiran bayi mereka berkata, sepasukan pakar membantu dalam proses itu kerana hamil pada usia 40 tahun ke atas amat berisiko.

“Sebagai seorang wanita berusia dan pertama kali bersalin, kita tahu proses ini berisiko tinggi ditambah pula bayi kembar. Bagaimanapun kami dapat menguruskan dengan baik sehingga dia selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel,” kata Okunowo.

SH

, , ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908