Cari penyakit!

May 12, 2020 | News | No Comments

Los Angeles: Sekumpulan banduan di California dipercayai sengaja mencari jalan supaya dijangkiti Covid-19, dengan harapan akan dibebaskan dari penjara.

Pegawai kanan polis berkata, banduan di penjara Castaic, utara Los Angeles itu dirakam berkongsi cawan pakai buang dan menghidu pelitup muka serta berkumpul beramai-ramai.

“Banduan tersalah anggap bahawa jika disahkan positif virus itu, mereka akan segara dibebaskan… itu tak akan terjadi,” katanya Sherif daerah, Alex Villanueva.

Akibat daripada perbuatan itu 21 banduan disahkan positif virus berkenaan.

Mereka ini menjalani kuarantin di dalam penjara berkenaan.

Terdapat 11,700 banduan menjalani hukuman penjara di Los Angeles.

Sebelum ini, 5,000 banduan dibebaskan lebih awal sebagai langkah bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Rekod menunjukkan 357 banduan di Los Angeles disahkan positif Covid-19 sekali gus menjadikannya angka tertinggi untuk penghuni penjara di Amerika Syarikat.

Rakaman lain menunjukkan banduan minum minuman panas untuk meningkatkan suhu badan sebelum jururawat memeriksa suhu mereka.

Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada banduan terbabit mengaku dengan sengaja cuba dijangkiti Covid-19.

hmetro

,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908