RATA-RATA ibu bapa zaman kini sering ‘mengumpan’ anak kecil mereka menggunakan baby walker. Ada mengatakan ia untuk mententeramkan si anak yang sedang meragam, selain kononnya alat itu mampu membantu mempercepatkan proses bayi untuk berjalan.

Walker yang dimaksudkan adalah jenis yang mempunyai roda yang mampu bergerak.

Kalau korang nak tahu, walker sudah mula dikenali sejak abad ke-17 lagi tau…

Pakar Kanak-Kanak merangkap Pensyarah Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Yusoff Mohd Ramdzan berkata, begitupun penggunaan baby walker untuk kanak-kanak di bawah satu tahun tidak digalakkan atas beberapa faktor.

Kongsi Dr Yusoff ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini, antara faktor tersebut adalah ia mengganggu perkembangan semula jadi kanak-kanak untuk berjalan sendiri.

“Kanak-kanak perlu menggunakan kekuatan otot pinggul dan tulang belakang untuk berdiri dan berjalan.

“Baby walker hanya membolehkan kanak-kanak bergerak secara duduk dan ia sebenarnya sama sekali tidak melatih otot pinggul dan tulang belakang untuk berjalan,” jelas Dr Yusoff.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menghalang penglihatan kanak-kanak ketika bergerak. Sedangkan sebenarnya mereka perlu melihat permukaan atau lantai kerana penglihatan tersebut akan membantu mereka mengelak halangan dan mampu berjalan dengan stabil.

Lebih membimbangkan, kongsi Dr Yusoff, 15 ke 50 peratus pengguna baby walker akan mengalami kecederaan di rumah sama ada terjatuh tangga atau mencapai objek-objek berbahaya di meja.

Bahayakan?

Jadi, kebanyakan pengguna baby walker berada dalam fasa penerokaan yang mana mereka suka merangkak ke sana dan ke sini sambil memasukkan objek ke dalam mulut.

“Disebabkan risiko itu, Kanada mengharamkan penggunaan baby walker dan beberapa negara lain tidak mengesyorkan penggunaannya.

“Sungguhpun begitu, bukti perubatan masih belum kukuh untuk menghalang penggunaan baby walker. Namun banyak penyiasatan di pelbagai negara telah dilakukan antaranya 7 ke 10 peratus kanak-kanak yang diperhatikan menggunakan baby walker akan lambat berjalan dengan sendiri,” jelas Dr Yusoff lagi.

Lebih parah, ada antara si kecil itu mempunyai masalah saraf, tulang atau otot, namun ia tidak boleh disabitkan kepada penggunaan baby walker sahaja.

Oleh itu, buat ibu bapa di luar sana harus menilai kebaikan dan keburukan penggunaan baby walker sebelum mendapatkannya.

“Nasihat saya, penggunaan harus dihadkan kepada masa-masa tertentu sahaja seperti untuk mententeramkan anak yang bertenaga lebihan, memantau dan menghalang pergerakan ke tempat-tempat lain seperti memanjat perabot, dan menggunakan meja baby walker tersebut untuk meletakkan mainan atau makanan,” kata Dr Yusoff.

Selebihnya, masa harus digunakan untuk kanak-kanak tersebut berdiri dan berjalan dengan sendiri.

-sinarplus

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908