3 bilik SMK Pasir Gudang 3 terbakar

June 30, 2020 | News | No Comments

TIGA bilik di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3 di sini, terbakar 9.57 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) I Mohamad Faizul Selamat berkata, 24 anggota dikerah ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kebakaran.

Menurut Mohamad Faizul, pihaknya turut dibantu BBP Johor Jaya dan BBP Larkin.

“Kebakaran membabitkan bilik stor am, bilik sejarah dan bilik akses yang terletak di tingkat tiga bangunan sekolah.

“Kebakaran menyebabkan 80 peratus bilik stor am dan akses musnah manakala kerosakan membabitkan bilik sejarah hanya kira-kira lima peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke bahagian lain, tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini,” katanya pada kenyataan.

Operasi pemadaman tamat 12.44 tengah hari dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat.

hmetro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908