Bantu cari kanak-kanak hilang

June 30, 2020 | News | No Comments

KANAK-KANAK lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan hilang selepas gagal ditemui di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, usaha mengesan kanak-kanak itu sedang giat dijalankan, susulan laporan dibuat keluarga semalam.

“Kanak-kanak itu dikenali Hay Yi Jack, kali terakhir dilihat pada jam 4.30 petang, Sabtu lalu di rumahnya di Tingkat 17, Blok F, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas Setapak,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak itu disedari hilang oleh datuknya, dan memakai baju T dan seluar pendek putih ketika kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Deputi Superintendan G Stephen di talian 0163767390 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Faez Paiman di talian 0177190170.

Maklumat boleh juga disalur ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 0321159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

hmetro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908