Nampak tulang kaki terpelanting

June 30, 2020 | News | No Comments

LELAKI hanya mampu melihat tulang kaki kanannya yang patah terpelanting di atas jalan selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda, semalam.

Kejadian kira-kira 4 petang di Kilometer 28 Jalan Kuala Nerang, Naka, Kampung Hujung Ketun, di Padang Terap.

Mangsa berusia 27 tahun itu ditenteramkan orang awam supaya tidak banyak bergerak untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan Safuan Abd Rashid berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda itu dari arah Naka menghala balik ke pejabat agensi kerajaan terbabit di Sik.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dikatakan hendak berhenti di sebuah kedai runcit di sebelah kanan jalan dan ketika itu datang motosikal mangsa dari arah hadapan.

“Berikutan itu, motosikal mangsa melanggar pacuan empat roda itu dari arah hadapan yang pada ketika itu sedang membelok masuk ke kedai runcit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TULANG kaki kanan mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
TULANG kaki kanan mangsa. FOTO Ihsan Pembaca

Safuan berkata, akibat jarak yang terlalu dekat, motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda itu di sebelah sisi kanan.

Beliau berkata, penunggang motosikal parah di kaki kanan dan kini dirawat di wad Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908