Peniaga pasar malam tetap yakin

June 30, 2020 | News | No Comments

SAMBUTAN dingin terhadap pasar malam di Sungai Udang, Alor Gajah yang kali pertama dibuka semula pada Sabtu lalu, masih dianggap positif buat peniaga untuk terus menyara kehidupan dalam bidang berkenaan.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, sambutan terhadap pasar malam itu yang dianggap antara terbesar di Melaka amat baik, namun sejak dibuka minggu lalu, tidak ramai mengunjunginya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pasar Malam Sungai Udang, Idris Jaafar berkata, pasar malam di situ amat dikenali sehingga dibuka dua kali seminggu sejak lebih 20 tahun lalu dan menjadi nadi kepada ekonomi peniaga kecil dengan pelbagai jenis barangan basah dan kering.

“Kami beranggapan momentum pembelian belum mencapai tahap sebenar tambahan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Bagaimanapun, kami yakin situasi berkenaan bakal berubah dan pelanggan dijangka akan kembali membeli-belah sedikit masa lagi di pasar malam,” katanya.

Beliau berkata, situasi agak lengang itu turut didorong masih ramai peniaga yang belum membuka perniagaan masing-masing.

Peniaga, Zaleha Mansur 53, berkata, dia dan rakan peniaga lain turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 secara berterusan.

Katanya, pengunjung turut mengamalkan SOP ditetapkan, sekali gus menyaksikan semua pihak tidak perlu bimbang untuk membeli-belah di pasar malam.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908