Suspek pecah rumah ditahan polis

June 30, 2020 | News | No Comments

LELAKI warga asing berusia 34 tahun ditahan polis selepas menemui pelbagai barangan logam di dalam beg sandangnya dipercayai untuk digunakan dalam kegiatan pecah rumah, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, anggota unit peronda polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah menahan suspek pada jam 7 malam selepas melihatnya dalam keadaan mencurigakan di Jalan Seksyen 51a/224, di sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada beg sandang yang dibawa oleh suspek menemui pelbagai barangan logam yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah pecah rumah.

“Barangan yang dirampas itu adalah playar, penukul besi, pemutar skru dan sebilah gunting pemotong wayar.

“Suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melihat pembabitan suspek terutama dalam kes pecah rumah di Petaling Jaya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908