Ular sawa 20kg atas siling Pasar Awam Klawang

June 30, 2020 | News | No Comments

JELEBU – Seekor ular sawa seberat 20 kilogram ditemui di atas siling Pasar Awam Klawang di sini petang semalam selepas peniaga di situ terdengar bunyi bising.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Jelebu Leftenan (PA), Md Marisa Aminuddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada peniaga pada jam 1.30 tengah hari semalam sebelum bergegas ke lokasi dengan empat anggota.

“Dua anggota naik ke atas siling sebelum menemui seekor ular sawa sepanjang tiga meter sedang berbelit satu tiang siling pasar berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih kurang 20 minit bagi menangkap ular sawa dengan menggunakan penjerut tali panjang,” katanya.

Menurutnya, ular itu dipercayai baru naik ke atas siling pasar berkenaan berikutan sebelum ini peniaga tidak pernah mendengar bunyi pelik.

“Ular itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908