Month: July 2020

July 29 (UPI) — Police in South Carolina said an expert trapper was summoned to a beach when a baby alligator made an unusual visit to the ocean.

The Pawleys Island Police Department tweeted video showing the small alligator attracting a crowd of curious beach-goers Tuesday when it put in an unexpected appearance in the sand.

“We had an unusual visitor to the beach a little while ago,” the tweet said.

The department said the alligator was wrangled by the local “Gator Lady,” Carolina Exterminators business owner Rachel Lankford.

“As a healthy juvenile he will be released into a natural habitat,” the police department said.

upi

SEPERTI yang kita sedia maklum, bermula 1 Ogos ini, kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam dan berada di tempat awam yang sesak.

Tiada lagi alasan kerana korang boleh didenda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peratuan tersebut.

Namun begitu, kita juga tidak perlu bimbang untuk berbelanja besar bagi membeli topeng muka pakai buang kerana menurut Public Health Malaysia, topeng muka kain atau buatan sendiri juga telah terbukti berkesan dan boleh digunakan oleh orang awam.

Hasil kajian mendapati kombinasi beberapa jenis fabrik mampu bertindak untuk menapis titisan air dengan berkesan dan dalam masa yang sama tidak akan melemaskan si pemakai.

Korang juga boleh menjahit sendiri face mask dengan berpandukan info dan tutorial yang disediakan oleh Public Health Malaysia seperti apa yang dikongsikan mereka di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Antara langkah yang boleh dibuat untuk menghasilkan pelitup muka sendiri (DIY) adalah seperti berikut :

Lapisan luar

Gunakan kain kapas. Contohnya kain t-shirt, kain cadar, sarung bantal. Lagi banyak thread count adalah lebih baik untuk bertindak sebagai penapis mekanikal titisan air.

Lapisan dalam

Gunakan dua lapis kain yang lebih nipis dan mempunyai fungsi penapis elektrostatik seperti kain sutera, kain chiffon atau kain fennel.

Bahan-bahan:

  • Dua keping kain kapas berbentuk sempat segi berukuran 10” x 6”
  • Dua keping tali getah, tali, helai kain atau getah rambut
  • Jarum dan benang
  • Gunting
  • Mesin jahit

Cara menjahit:

1. Potong dua kain kapas segi empat tepat (10 x 6 inci). Susun dua keping kain segi empat tepat ini. Jahit kedua-dua helo kain secara berlapis.

2. Di sisi yang Panjang, lipat ¼ inci dan jahit, sisi berikutnya lipat ½ inci dan jahit

3. Masukkan tali getah (6 inci), ikat tali tersebut untuk dijaikan tali pengikat di telinga

4. Kemudian, masukkan bahagian yang diikat di dalam lipatan sisi, jahit di atas dan bawah lipatan. Sesuaikan panjang tali dan jerutan dengan saiz wajah. Siap!

Namun begitu, sekiranya korang menggunakan topek muka fabrik ini, setiap kali guna teruslah dicuci jangan pula dipakai berulang kali.

Menggunakan topeng muka fabrik memang lebih jimat, namun kita perlu sentiasa menjaga kebersihan pelitup muka tersebut supaya ketiga ingin digunakan ia tidak tercemar yang mampu mengundang bakteria jahat atau penyakit lain

-sinarplus

SEORANG lelaki berusia 26 tahun patah jari tangan kanan dan kiri, cedera di muka serta badan selepas mercun jenis ‘crazy bang’ yang cuba dibakar tiba-tiba meletup, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dipercayai cuba membakar mercun itu di koridor hadapan rumah mentuanya di Kampung Terian, Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa pengsan di tempat kejadian sebelum keluarga menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan.

“Mangsa dihantar menggunakan helikopter ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka, badan dan patah jari tangan kanan dan kiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sementara itu, Mohd Haris mengingatkan orang ramai khususnya di daerah ini supaya elak bermain mercun kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan serius dan sesiapa yang memiliki dan menjual mercun secara tidak sah adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

hmetro

PASTI hari ini dan esok ada yang merancang untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Betul tak?

Sehubungan itu, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk saranan waktu yang sesuai buat mereka yang ingin memulakan perjalanan di lebuh raya sempena sambutan Aidiladha.

PLUS dalam kenyataannya hari ini menyarankan pelanggan lebuh raya dari Kuala Lumpur atau Selangor yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor supaya memasuki lebuh raya lebih awal, sebelum jam 10 pagi.

“Pelanggan yang menuju ke lain-lain negeri pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas 2 petang bermula hari ini sehingga 30 Julai.

“Bagi perjalanan pulang semula ke Lembah Klang, jadual TTA menyarankan agar semua pelanggan lebuh raya daripada semua negeri memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi, antara 1 hingga 3 Ogos ini,” menurut kenyataan itu.

PLUS juga akan menutup lorong tambah nilai di plaza tol untuk mengurangkan intervensi terus transaksi tunai dalam kalangan kakitangan PLUS dan pelanggan lebuh raya bagi membendung penularan Covid-19.

Oleh itu, pelanggan lebuh raya diminta memastikan kad Touch ‘n Go mempunyai baki yang mencukupi dengan menambah nilai di stesen minyak, kiosk layan diri (SSK), kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain lokasi yang disediakan di seluruh negara sebelum memasuki lebuh raya.

Sementara itu, pelanggan lebuh raya juga disaran menggunakan perkhidmatan prapesanan makanan yang terdapat di 16 kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bagi menjaga penjarakan sosial dalam kalangan orang ramai di tempat umum.

PLUS turut menghentikan sementara kerja penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya bermula hari ini hingga 3 Ogos serta menyediakan kren dan trak tunda di 14 lokasi strategik bagi mempercepatkan kerja pengalihan dan penundaan kenderaan rosak atau terlibat dengan kemalangan di lebuh raya.

PLUS juga menempatkan kira-kira 3,500 kakitangan di dalam ekosistem lebuh raya PLUS untuk membantu semua pelanggannya menikmati perjalanan yang lancar pada musim perayaan kali ini.

Semoga bermanfaat!

-sinarplus

Disyaki dibunuh akibat gaduh

July 30, 2020 | News | No Comments

SEORANG lelaki dipercayai warga Nepal ditemukan mati dibunuh di kaki lima premis perniagaan di kawasan Indahpura, dekat Kulai semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu pada 4.20 pagi.

Katanya, pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dihantar di lokasi bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan ke atas mayat mendapati ada kesan lebam di mata kanan, muka dan darah keluar dari mulut mangsa.

“Tiada sebarang objek disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian ditemukan selain polis tidak menemukan dokumen pengenalan diri mangsa.

“Polis tidak menyangkal mungkin mangsa terbabit dalam pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, susulan itu, polis menahan tiga lelaki warga Nepal berusia 23 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan dalam serbuan di Jalan Seroja 4, Kawasan Perindustrian Indahpura Kulai dan Jalan Teratai, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

hmetro

TAHUKAH korang, para saintis berpendapat bahawa radikal bebas boleh mengancam kesihatan, sekali gus mendorong pada pelbagai penyakit kronik.

Secara asasnya, radikal bebas merupakan atom (molekul) aktif dan tidak seimbang kerana tidak mempunyai elektron yang berpasangan.

Jika tidak diatasi dengan baik, radikal bebas berkenaan mampu bertindak menyerang molekul, lalu menyebabkan kerosakan sel, menganggu keseimbangan dan menjejaskan protein dalam tubuh.

Dimaklumkan, kehadiran radikal bebas atau reactive oxygen species (ROS) adalah berpunca daripada pelbagai faktor.

Selain pencemaran, sinaran ultra violet (UV) dan asap rokok antara punca utama menyebabkan berlakunya radikal bebas dalam badan.

Justeru, menerusi pemakanan seimbang dan sumber terbaik dapat membantu mengatasi masalah radikal bebas.

Antara sumber pemakanan mengatasi radikal bebas:

a) Glutation

– Ia adalah sejenis bahan antioksida yang bebas daripada alahan dan dapat membantu mencerahkan dan melicinkan kulit.

b) Vitamin C

– Meneutralkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan menyahtoksin dalam badan.Artikel berkaitan: Selain epal dan pisang, rupanya tiga jenis buah ini juga sesuai untuk diet lelaki

c) Laici

– Kaya dengan sumber antioksidan, vitamin C, vitamin B-kompleks dan serat flavonoid yang membantu mencegah penuaan dan memberikan perlindungan daripada radikal bebas.

-sinarplus

PADA awalnya pesakit hanya disangkakan menghidap tibi, namun sebaliknya terjadi.

Perkara dialaminya rupanya lebih teruk daripada penyakit itu.

Suaminya akhirnya mengakui apa yang berlaku pada isterinya itu angkara perbuatannya sendiri.

Ini kisah yang dikongsi Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa:

Pagi itu, seorang wanita di awal 40-an di unit kecemasan dirujuk kepada saya kerana x-ray dadanya yang sangat teruk.

Beliau telah batuk selama dua bulan dan telah pun mengambil ubat tibi selama dua bulan, kerana kahaknya adalah positif untuk kuman tibi.

Namun begitu, kondisi kesihatannya semakin merosot dari hari ke hari sehingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.

Pelbagai antibiotik telah diberikan kepadanya, namun begitu tiada sebarang kesan positif yang terlihat.

Ujian bronkoskopi segera dilakukan untuk mengambil sampel tisu dari paru-paru nya yang tidak normal.

Keputusan daripada sampel tisu paru-parunya itu menunjukkan bahawa ada sel kanser paru-paru yang telah merebak ke kedua-dua belah paru-parunya.

“Oleh itu, beliau kini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap akhir,” kata Dr Nurul Yaqeen.

Sebenarnya, diagnosis tibi sebelum ini memang betul, cuma masalahnya, kanser itu pun ada juga iaitu pesakit mempunyai dua penyakit dalam satu masa, iaitu penyakit tibi dan kanser paru-paru tahap akhir. Ini adalah suatu situasi yang rumit dan sukar dirawat.

Tambahan pula, keadaannya yang sangat tenat dan memerlukan bantuan mesin pernafasan, dan masalah tibi yang dihadapi, tidak memungkinkan untuk pesakit menjalani rawatan kemoterapi.

“Sudah dua minggu dirinya memerlukan bantuan mesin pernafasan dengan keperluan oksigen yang sangat tinggi. Keadaannya semakin tenat dari hari ke hari. Tekanan darahnya juga semakin rendah hingga memerlukan bantuan tiga jenis ubat untuk menyokong fungsi jantung.

“Kini, buah pinggang pesakit itu juga sudah menunjukkan tanda-tanda kegagalan fungsinya setelah sudah memberikan rawatan yang maksimum sepanjang dua minggu ini”, jelasnya.
Kongsi Dr Nurul Yaqeen, dirinya hanya mampu menenangkan keluarga pesakit itu.

“Dengan keadaan kanser paru-paru tahap akhir, paru-paru yang sudah rosak teruk dan tidak dapat disembuhkan lagi, jantung yang semakin lemah dan fungsi buah pinggang yang semakin merosot, mungkin sudah sampai masanya untuk merelakan pemergiannya dengan aman dan tidak memanjangkan lagi penderitaannya.

Dalam masa yang sama, tiba-tiba sahaja suami pesakit berkata: “Saya berjanji akan berhenti merokok buat selama-lamanya. Saya betul menyesal.

“Kanser paru-paru dan tibi boleh mempunyai simptom dan gambaran x-ray atau scan yang lebih kurang sama.

“Ia juga boleh wujud secara bersama-sama dan kepakaran paru-paru amat diperlukan untuk memastikan kesahihan diagnosis kedua-duanya sekali,” ujar Dr Nurul Yaqeen.

Jadi, sudah tahu pokok pangkalnya? Tepuk dada, tanyalah selera.

-sinarplus

PASTI jika membelek sesuatu produk diri, terbaca saja perkataan ‘LULUS KKM’ dalam sesuatu produk, timbul rasa yakin untuk membelinya bukan?

Ramai sahaja mak cik pak cik yang percaya jika ada ‘tulisan’ itu pada sesuatu produk. Begitupun, ketahuilah bahawa tulisan sedemikian ‘tidak boleh dipercayai’ ya.

Ikuti penerangan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah ini:

Boleh nilai sendiri

Saya tidak nak komen lebih mengenai promosi jualan mandian bidara ini. Netizen boleh nilai sendiri atas customer empowerment yang telah banyak ditulis sebelum ini oleh ramai doktor bertauliah.

Saya cuma nak tegur bab penggunaan perkataan “LULUS KKM’. Sebenarnya pihak berkuasa kawalan dadah Kebangsaan (NPRA) telah pun mewartakan dalam website rasmi mereka sejak 2007 lagi bahawa tidak dibenarkan mana-mana produk menggunakan perkataan “LULUS KKM”.

Perkataan sedemikian boleh:
1️. Mengelirukan masyarakat

2️. Dianggap seolah-olah cuba menipu masyarakat bahawa produk yang berkenaan diluluskan untuk mengubati penyakit-penyakit yang diiklankan.

3️. Menjadikan tanggapan masyarakat bahawa produk itu telah lulus dari sudut kajian keberkesanan, ujian keselamatan dan tahap kualiti pembuatan. Sedangkan ia tidak dibuktikan melalui ujian klinikal.

Bersikap jujurlah dalam membuat promosi.

-sinarplus

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilihat meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjelaskan, kerap kali pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Dr. Noor Hisham dilihat menyuarakan pandangan beliau di salah satu berita di laman twitter yang diterbitkan oleh portal media tempatan yang bertajuk ”Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baru”. hari ini.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari KKM mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” tulis beliau menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdapat banyak gambar tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah tersebut.

Perkara seperti ini sepatutnya tidak perlu berlaku. Apa guna kita berkurung selama ini hampir tiga bulan jika sifat kesedaran dalam diri individu yang tidak bertanggungjawab masih menebal seolah-olah tiada apa pun yang berlaku.

Diharap pihak berwajib dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya buat mereka yang masih berdegil!

-sinarplus

NAMPAKNYA isu insiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi.

Terbaharu dalam kejadian dipercayai awal pagi semalam,  seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), kejadian bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa, malah membunuh.

“Mangsa dan masyarakat di tempat kejadian perlu membantu agar dapat serah pemilik dan anjing terlibat untuk mendapat keadilan.

“Kerajaan cukup undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret pemilik anjing ke mahkamah dan mendakwa pemilik yang cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat mengikut undang-undang.

“Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah pencinta haiwan,” kongsi Animal Malaysia di laman sosial rasminya, semalam.

ABANG KUCING CARI PEMILIK ANJING SERANG WANITA HINGGA PARAHInsiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi. Mangsa terbaharu iaitu seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa malah membunuh.Mangsa serta masyarakat di tempat kejadian perlu serah pemilik dan anjing untuk mendapat keadilan. Kerajaan cukup Undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret Pemilik Anjing ke Mahkamah dan mendakwa pemilik yang bodoh, cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat megikut undang-undang.Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah Pencinta Haiwan.Mangsa serangan Anjing serta Ketua Masyarakat Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diminta tidak sembunyikan pemilik. Hubungi Abang Kucing (AK) di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.Disebabkan pemilik dan penanggungjawab anjing yang tidak beretika. Ia bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Selasa, 28 Julai 2020

Terdahulu video lebih dua minit dikongsikan Animal Malaysia itu menunjukkan wanita terbabit terpaksa bergelut dengan serangan anjing sebelum dibantu penduduk berhampiran.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan, Sharul Nizam Ab Rahim atau lebih dikenali sebagai Abang Kucing berkata, mangsa serangan anjing dan ketua penduduk di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diharap dapat membantu mencari pemilik anjing tersebut.

“Boleh hubungi saya di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.

“Mangsa dipercayai seorang wanita dan dikatakan berusia lewat 20-an, mungkin kini sedang berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana parah di anggota badan seperti di tangan dan kaki,” katanya kepada SinarPlus hari ini.

Disebabkan pemilik dan kejadian anjing yang tidak beretika, ia dikhuatiri bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.

Abang Kucing berkata, ada prosedur yang perlu dilakukan selepas serangan anjing seperti dalam kejadian ini.

“Jika ada kecederaan parah pada mangsa, di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 289, prosedur nya anjing itu patut ditangkap dan menjalani ujian untuk memastikan ia bebas penyakit supaya tak ancam nyawa mangsa.

“Jika mangsa dan saksi tampil, InsyaAllah Pertubuhan boleh bantu,” katanya lagi.

-sinarplus

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908