SEORANG sarjan polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah sebagai balasan untuk menghapuskan bukti kes judi di Mahkamah Sesyen di Ipoh, hari ini.

Tertuduh, Raja Nur Hasliza Raja Zainal Abidin, 25, yang semasa kejadian pada Julai tahun lalu baru tiga bulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Ipoh, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Dia didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,500 daripada Woo Kin Soon sebagai balasan untuk menghapuskan bukti kes judi di Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Kampung Tawas di Ipoh pada 3.11 petang, 10 Julai 2019.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908