Dah tikam bapa, tikam orang lain pula

July 20, 2020 | Crime, News | No Comments

Redzuan Salleh berkata, dua mangsa iaitu bapa suspek berusia 73 tahun dan warga emas lelaki berusia 67 tahun parah serta dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Katanya, kejadian pertama berlaku pada jam 2.45 petang dengan suspek berusia 20-an dipercayai menikam bapanya yang ditemui pengsan di tepi jalan dekat kawasan perindustrian Mergong, Alor Setar.

“Mangsa cedera di belakang leher, dada dan bahu sebelah kanan, manakala suspek melarikan diri sejurus kejadian. Punca kejadian itu dipercayai akibat perselisihan keluarga.

“Manakala kejadian kedua, suspek dipercayai menikam lelaki warga emas di sebuah kedai makan di Jalan Putra dan polis dimaklumkan kejadian pada 3.10 petang hari sama,” katanya, hari ini.

Dalam kejadian kedua, suspek dikatakan bertindak demikian dalam keadaan mabuk dan mangsa cedera di bahu kanan dan kiri.

Mohd Redzuan berkata, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam tempoh tiga jam selepas kejadian dan ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.

“Berdasarkan pemeriksaan, suspek memiliki tiga rekod jenayah. Pisau digunakan suspek turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908