PERNAHKAH pakaian korang berbau hapak? Bagaimana rasanya? Sungguh tidak selesa bukan.

Pakaian berbau hapak ini lazimnya berlaku dek baju-baju yang tidak digunakan dalam tempoh antara satu hingga tiga bulan.

Apabila pakaian berkenaan berada di dalam almari untuk masa yang lama, maka faktor suhu lembab akan mempengaruhi.

Justeru, sebelum menyarungkan pakaian berkenaan pastikan ia berada dalam kondisi yang baik dan tidak reput. Kemudian, barulah dicuci menggunakan pelembut fabrik bagi mengembalikan kesegaran pada pakaian tersebut.

Namun begitu, jika terdapat tanda pada pakaian, janganlah dipakai. Sebaik-baiknya beli yang baharu.

Mengapa pakaian yang disimpan lama perlu dicuci dahulu?

1. Ia akan menyebabkan si pemakai berasa tidak selesa gara-gara bau hapak itu.

2. Ia akan menyebabkan kegatalan pada badan akibat serangga atau hama atas pakaian terbabit.

3. Ia boleh menyebabkan individu di sekeliling sama ada di pejabat atau di dalam pengangkutan awam menjauhkan diri daripada kita.

4. Ia menyebabkan penampilan dan pergaulan secara keseluruhan akan tidak berlangsung dengan sempurna.

Mungkin terdapat banyak lagi kesan buruknya. Pun begitu, saya ingin menekankan tentang faktor kebersihan.

Yakinlah, apabila pakaian bersih dan wangi, kita akan berasa selesa dan tenang melakukan tugasan harian.

Semoga bermanfaat.

-sinarplus

,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908