Month: August 2020

Pesara rugi hampir suku juta ditipu Macau Scam

August 28, 2020 | News | No Comments

KUANTAN: Seorang pesara wanita kerugian RM236,994 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis kononnya mangsa terbabit dengan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula pada 23 Julai lalu apabila mangsa berusia 66 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapat barang pos mengandungi kad pengenalan serta beberapa keping kad ATM milik mangsa.

“Mangsa menafikan perkara itu sebelum diminta untuk membuat laporan polis. Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek memperkenalkan diri sebagai Sarjan Chong.

“Suspek mendakwa mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram, namun wanita itu menafikan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian mengikut arahan diberikan suspek dan pada 3 Ogos lalu mangsa meletakkan sampul surat yang mengandungi kad ATM, buku akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya di sebuah pondok telefon berdekatan Masjid Beserah di sini.

“Suspek memberitahu ia bertujuan untuk siasatan dan membersihkan nama mangsa daripada salah laku jenayah. Mangsa yang tidak mensyaki apa-apa mengikut segala arahan yang diberikan oleh suspek,” katanya.

Katanya, pada 27 Ogos lalu, mangsa membuat semakan di Bank Islam mendapati wang di dalam akaunnya berjumlah RM236,994.90 dipindahkan ke dalam akaun individu yang tidak diketahui bermula 2 Ogos hingga 10 Ogos lalu.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

bharian

Malaysia’s Ministry of Health warns the public that news circulated on Whatsapp about a superspreader virus from India is false news.

Ministry of Health urges the public to stop sharing and spreading this fake news around the internet.

“CODE RED WARNING TO ALL MALAYSIAN”, says the title of the fake news, following with a brief description asking Malaysians to stay away from Mamak stalls and all Indian restaurants hiring Indian workers from India.

The fake news claims that there is a new Covid-19 cluster in Kuala Lumpur and that a virus named “Genom G64 Covid-19” from India and Egypt is a superspreader virus. The false Whatsapp news message also says that there is “no appropriate vaccines or treatment for this virus at least until 2023”.

Attached along with the false news is a link from a Malaysian online news portal. The link attached is a completely different story with no relation of the fake news.

The attached news was from 21 August 2020, which is a week ago from when the circulation of the fake news started on WhatsApp.

The editor of the news portal has also updated with a note that the fake news does not represent the news originally reported by them.

Remember to always double-check the sources of news and make sure it is credible and reliable instead of blinding spreading them, especially news affecting our health and safety.

W.O.B

Gaduh pasal perempuan…

August 28, 2020 | News | No Comments

PERSELISIHAN faham akibat adik perempuan kepada rakan mengikut kumpulan bermotosikal dipercayai punca pergaduhan beberapa individu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya kemudian menahan 12 individu yang terbabit dalam kejadian itu, Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku apabila seorang daripada suspek berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kerana adik (perempuan) kepada rakannya mengikut kumpulan bermotosikal itu.

“Susulan itu, kami bertindak menahan 12 individu berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 342 individu membabitkan pegawai kanan dan pegawai rendah polis yang masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan satu rakaman video berdurasi sembilan saat menunjukkan beberapa individu bergaduh menggunakan topi keledar di Dataran Merdeka tular di media sosial, Sabtu lalu.

hmetro

‘Dera’ melantak

August 28, 2020 | News | No Comments

Beijing: Sepasang suami isteri di China menerima kecaman hebat warganet kerana didakwa memaksa anak perempuan mereka yang berumur tiga tahun makan dalam kuantiti amat banyak.

Malah, dia menyiarkan video itu secara langsung menerusi satu platform penstriman.

The Sun melaporkan menerusi video yang tular, budak perempuan bernama Pei Qi itu kelihatan disuap dengan ayam goreng, burger dan makanan lain-lain.

Warganet menyifatkan perbuatan suami isteri itu keterlaluan kerana bukan hanya menggalakkan pengambilan makanan tidak sihat tetapi seolah-olah satu penderaan untuk kanak-kanak bawah umur.

Namun, ibu bapa kanak-kanak itu menafikan tuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa anak mereka mempunyai selera makan yang luar biasa.

Selain itu, mereka mendakwa hanya memberi makanan yang menyihatkan untuk kanak-kanak itu.

“Video itu tidak hanya memaparkan keletahnya menikmati makanan tetapi aksi menari dan usahanya menurunkan berat badan.

“Lagipun, dia anak saya… jadi saya perlu memberinya makan sebanyak itu kerana dia memang sudah besar.

“Tiada sebab untuk saya dan suami mengambil kesempatan kerana kami ada pekerjaan serta tiada masalah kewangan.

“Namun, kami hanya merakam video menunjukkan dia membesar,” katanya.

Memang ada keuntungan daripadanya tetapi ia mungkin hanya ratusan yuan sahaja,” kata ibu Pei Qi dikenali sebagai Tan.

Menurut Tan, Pei Qi dilahirkan dengan berat 4.5 kilogram (kg) tetapi berat badannya mudah naik dan mendedahkan anaknya lebih cenderung makan serta tidak aktif.

Media tempatan melaporkan, Pei QI kini mempunyai berat 35 kg iaitu lebih daripada kanak-kanak seusianya berpunca daripada tabiat makannya.

Sementara itu, platform video China, ixigua.com memaklumkan pihaknya menutup akaun Pei Qi selepas menerima banyak aduan daripada penonton.

Rata-ratanya mengemukakan aduan kerana menganggap perbuatan ibu bapanya adalah satu penderaan.

hmetro

Mukhriz bin Mahathir’s daughter is believed to be among 29 individuals who were detained at a bar in Taman Tun Dr Ismail for violating the Recovery Movement Control Order (RMCO) last Saturday (22 August).

She was said to be drunk when she was detained by a team of policemen before being taken to a nearby police station, according to Malaysian Gazette.

Kuala Lumpur Police Chief, Datuk Seri Mazlan Lazim said the raid took place at 1.20am after they received complaints from the public. The police arrested 20 men and nine women who were at the premises that was operating beyond the time curfew set during the RMCO period.

“We also arrested a 37-year-old man believed to be the manager of the premises, a Bangladeshi man and three Filipino women suspected to be employees at the premises,” he said.

Mazlan added that further investigation revealed the premises was operating without a valid business licence and the case is currently being investigated under Section 55B of the Immigration Act 1959/63 for the offence of owning premises employing a foreigner and Regulation 39 (b) of the Immigration Regulations 1963.

“The case is also being investigated under Section 4 (1) Federal Territory of Kuala Lumpur, Section 76 of the Excise Act 1976 and Regulation 11 of the Prevention and Control of Diseases (Measures in Local Infected Areas) Regulations (no.7) 2020,” he added.

According to Astro Awani, four suspects were foreigners aged between 33 and 52, and were remanded for 14 days from 22 August to 4 September for further investigation. In total, 29 individuals aged between 21 and 48 were charged RM1,000 each.

Mazlan went on to explain that his department does not practise double standards and does not occasionally compromise on any individual, including the child of a VIP who was found to have violated the RMCO.

“Appropriate action is taken in accordance with the provisions of the law,” he said.

W.O.B


Rambut sihat dan cantik

August 28, 2020 | News | No Comments

RAMBUT adalah mahkota bagi setiap wanita. Tidak hairan jika ramai yang mengimpikan untuk memiliki rambut sihat dan cantik bermaya.

Namun, masih ramai wanita yang gagal memiliki rambut idaman lantaran pemilihan dan penggunaan rangkaian penjagaan yang tidak sesuai.

Ini kerana ada rangkaian penjagaan mengandungi bahan yang merosakkan kesihatan dan kecantikan rambut.

Justeru, bagi memberi pilihan kepada wanita di negara ini, Guardian Malaysia (Guardian) membawakan secara eksklusif rangkaian penjagaan rambut jenama terlaris dari Korea, KUNDAL.

Jenama berkenaan sudah tidak asing lagi dan terkenal dengan rumusannya yang selamat serta semula jadi.

Ketua Penjagaan Diri Guardian Malaysia, Tiffany Choo berkata, produk jenama itu menawarkan pengalaman mewah penjagaan rambut pada harga berpatutan.

Kata Tiffany, ia terdiri daripada syampu, perawatan rambut dan serum.

Katanya, jenama itu turut menawarkan produk penjagaan kulit iaitu mandian dan cecair pembasmi kuman.

“Guardian bangga dan teruja atas kerjasama eksklusif dengan jenama penjagaan peribadi paling terkemuka Korea di Malaysia.

“Ini kerana fokus utama adalah sentiasa pada keperluan pelanggan dan falsafah jenama ‘Kecantikan Sihat’ kami.

TIFFANY (kanan) bersama rangkaian produk penjagaan rambut terlaris di Korea yang ditawarkan di Guardian.  FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam
TIFFANY (kanan) bersama rangkaian produk penjagaan rambut terlaris di Korea yang ditawarkan di Guardian. FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam

“Disebabkan populariti yang besar terhadap barangan Korea termasuk produk kecantikannya di Malaysia, kami ingin menawarkan produk paling berinovatif yang turut menjadi kegemaran rakyat negara terbabit kepada pelanggan setia supaya mereka kekal cantik secara dalaman dan luaran,” katanya pada majlis di ibu negara.

Hadir sama, wakil KUNDAL yang juga jurugaya rambut, Juno Loo.

Dalam pada itu, Juno Loo berkata, jenama itu diasaskan pada 2016 dan sehingga kini, sebanyak 15 juta produk terjual di seluruh Korea.

Kata Loo, setiap tiga saat satu produk jenama itu terjual dan jenama berkenaan kini memiliki 14,000 kedai di tujuh negara seluruh dunia.

Katanya, perkataan KUNDAL berasal daripada gabungan perkataan Jerman iaitu ‘Kunst’ yang bermaksud seni, kemahiran, pengetahuan dan ‘Kinda,l’ bermaksud kacang makadamia dalam bahasa orang asli Australia.

“Kacang makadamia kaya dengan khasiat dan kualiti melembapnya yang berkuasa selain ia adalah bahan utama dalam produk ini.

“Rangkaian produk penjagaan rambut seperti syampu misalnya dihasilkan daripada ekstrak bahan semula jadi.

ANTARA produk penjagaan peribadi jenama terlaris dari Korea, KUNDAL yang boleh didapati di Guardian.  FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam

“Ia bukan sahaja bebas silikon dan paraben, malah kandungan pHnya juga adalah formulasi seimbang 5.5,” katanya.

Sementara itu, rangkaian produk jenama terbabit juga terkenal dengan wangian tersendiri yang dibangunkan pembuat minyak wangi profesional manakala bahan utamanya diimport dari Perancis.

Antara wangian yang boleh didapati adalah Cherry Blossom, White Musk, Baby Powder dan Ylang Ylang.

Ketika ini, Guardian menawarkan 20 produk KUNDAL termasuk produk penjagaan kulit dan bilangan itu akan bertambah.

Rangkaian produk jenama itu boleh dimiliki pada harga bermula dari RM12.90 hingga RM28.90.

hmetro

Last year, McDonald’s Malaysia embraced the nickname Malaysians affectionately bestowed upon them, ‘Mekdi’, by displaying it loudly and proudly at their very first local outlet in Bukit Bintang.

Recently, they decided to take their patriotism game up a notch by allowing Malaysians to choose 16 other outlets, in which will also bear the significant byname.

In conjunction with Merdeka and Malaysia Day, McDonald’s has announced the 16 lucky stores that will wear a ‘Mekdi’ emblem as a badge of honour awarded by Malaysians.

The word ‘Mekdi’ stems from how Malaysians pronounce McDonald’s shortened name, McD, which is glorious considering our tendency to create our own localised terminology, just like how we address our Independence Day, or Hari Kemerdekaan simply as ‘Merdeka’, which means free or independent in Malay.

“Fondly known to Malaysians as Mekdi, McDonald’s has become the brand it is today because of the unwavering support of our customers. The Mekdi name created a lot of excitement last year when we first revealed the signage at our iconic Bukit Bintang restaurant, and this showed how Mekdi truly resonated with Malaysians from all walks of life. So this year, we wanted to pay tribute to more Malaysians across the country by turning their favourite McDonald’s into a Mekdi as well,” said Hajjah Melati Abdul Hai, the Vice President and Chief Marketing Officers of McDonald’s Malaysia.

But that’s not all!

Of course, with Malaysians come good food, and McDonald’s is no stranger to that.

McDonald’s Malaysia has also introduced a new twist to their fragrant and delicious Nasi Lemak McD. They’re now serving it with a Rendang Ayam option!

Customers can now also choose to have their Nasi Lemak McD with either a Spicy Chicken McDeluxe Cutlet or a Grilled Chicken Burger (GCB) Cutlet

Their dessert menu is also getting a local-flavour infusion with their all new McFlurry Cendol, which features delicious gula melaka, coconut bits, creamy vanilla soft-serve and cendol jelly.

Other exciting Malaysia-inspired desserts such as the Corn Pie and the cendol-flavoured ice cream are also making a comeback!

W.O.B

Lelaki amuk tayar kereta dikapit kena tahan

August 28, 2020 | Crime | No Comments

AKIBAT tidak puas hati tayar keretanya dikapit, lelaki bertindak mengugut pengawal keselamatan di tempat letak kenderaan sebuah apartmen di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 20 Ogos lalu.

Malah, suspek berusia 44 tahun itu juga bertindak memecahkan kunci dan merosakkan alat pengunci tayar terbabit, beberapa hari kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis menerima laporan dibuat pengawal keselamatan di apartmen berkenaan pada 5.26 petang semalam.

“Pengadu memaklumkan dia mengapit tayar kereta suspek kerana dia tidak membayar kos penyelenggaraan bulanan selama tiga bulan.

“Tindakan pengawal keselamatan itu menyebabkan suspek bertindak menunjukkan pedang samurai kepada mangsa ketika dia mahu membuka alat pengunci tayar kereta suspek pada 20 Ogos lalu.

“Dalam kejadian kedua pula, suspek bertindak memecahkan kunci dan merosakkan alat pengunci tayar terbabit di lokasi sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, hasil maklumat itu, pihaknya menahan suspek di rumahnya di apartmen berkenaan pada 10.30 malam semalam.

“Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui satu kuku kambing yang dipercayai digunakan untuk merosakkan alat pengunci tayar berkenaan.

“Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Nik Ezanee berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk pusat tuisyen di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 26 tahun yang juga pemilik pusat tuisyen berkenaan berhubung kejadian.

“Polis berjaya menahan suspek di sebuah stor di Kota Damansara kira-kira 2 petang semalam dan menemui pelbagai barangan termasuk televisyen, komputer riba dan penebuk dinding dipercayai digunakan untuk memecah masuk premis berkenaan.

“Hasil soal siasat suspek mengaku memecah masuk pusat tuisyen berkenaan dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah termasuk kes dadah,” katanya.

Katanya, lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

hmetro

‘Saya bimbang keselamatan diri’ – Maguire

August 28, 2020 | News | No Comments

PERTAHANAN Manchester United dan England, Harry Maguire berkata, dia bimbangkan keselamatannya dan menyangka menjadi masa penculikan ketika ditahan di Greece.

Kapten United berusia 27 tahun itu dijatuhkah hukuman penjara tertangguh 21 bulan dan sepuluh hari selepas didapati bersalah merasuah, keganasan dan mencederakan petugas awam ketika ditahan di Mykonos.

Bagaimanapun, Maguire berkata kepada BBC Sport, polis yang tidak beruniform dan tidak memperkenalkan diri mengarahkan bas mini dinaikinya berhenti, memaksanya keluar dan memukulnya di kaki.

Maguire berkata dia cuba melarikan diri kerana tidak tahu siapa mereka yang cuba menahannya.

“Mereka memukul saya banyak kali di kaki dan saya menjadi panik. Takut dan saya bimbangkan keselamatan,” katanya.

Pertahanan tengah itu berkata, pendiriannya jelas.

“Saya berharap ia tidak berlaku kepada orang lain. Jelas situasi ini menyukarkan saya dan salah satu kelab terbesar dunia.

”Saya kesal penyokong dan kelab berdepan keadaan ini tetapi saya tidak buat apa-apa kesalahan,” katanya lagi.

“Saya dapati diri saya dalam situasi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana tempat.”

Pada Rabu lalu, pasukan perundangan Maguire membuat rayaun keputusan yang telah dijatuhkan.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate menyisihkan Maguire daripada skuad yang akan menentang Iceland dan Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara bulan depan.

hmetro

Tak serik-serik

August 28, 2020 | News | No Comments

WALAUPUN sudah berkali-kali ditahan polis, seorang lelaki berusia 43 tahun tidak pernah serik atau takut dengan hukuman dengan terus menjalankan kegiatan menjual dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Padang Durian, Padang Serai, Kulim itu ditahan dalam Op Tapis di Kampung Keda Nagalilit, Padang Serai, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di tepi jalan pada 4.20 petang selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemui tiga paket plastik lutsinar pelbagai saiz dadah heroin anggaran berat 56.50 gram yang mana harga pasaran bernilai RM2,800.

“Berikutan itu suspek ditahan dan dibawa ke IPD Kulim untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar berkata, hasil pemeriksaan mendapati, suspek disyaki terbabit dengan dadah bermula sejak tahun 2013 sehingga sekarang.

Katanya, berdasarkan siasatan, suspek mempunyai rekod lampau pernah ditahan polis mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1953.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis heroin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

hmetro

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908