Polis buru suspek pergaduhan

August 26, 2020 | News | No Comments

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan individu yang terbabit dengan insiden pergaduhan di Jalan Landak, Pudu di sini, awal pagi tadi, yang turut tular menerusi media sosial.

Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 3.11 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, berkata susulan itu, beberapa anggota daripada Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, anggota yang tiba di lokasi mendapati tiada lagi pergaduhan berlaku. Anggota URB membuat pemantauan dan cuba menghubungi pengadu, namun tiada jawapan dan maklum balas.

“Selepas keadaan tenang dan terkawal, anggota URB bergerak meneruskan penugasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Fahmi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu.

“Bagaimanapun, satu laporan dibuat oleh petugas Pusat Kawalan IPD dan setakat ini, kita hanya berjaya mengesan mangsa yang dipukul dalam kejadian itu,” katanya.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

bharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908