‘Bayaran ajal’ layan lelaki

September 15, 2020 | News | No Comments

Jogjakarta: Malang nasib seorang wanita yang bukan hanya dilacurkan suaminya tetapi meninggal dunia selepas ditiduri lelaki lain di sebuah hotel di Depok Barat di sini, kelmarin.

Suami mangsa dilaporkan berada di bilik bersebelahan ketika kejadian itu.

Tribun News melaporkan Ketua Polis Depok Barat, Rachmandiwanto mengesahkan mangsa meninggal dunia di dalam bilik hotel itu, kira-kira jam 5 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa meniduri seorang lelaki dari Purworejo, Jawa Tengah.

“Selepas melakukan hubungan intim dan ketika mahu menerima bayaran, mangsa tiba-tiba mengalami kekejangan badan kemudian rebah.

“Lelaki itu mengangkat wanita itu dan meletakkannya ke atas katil.

“Dia yang panik kemudian meninggalkan bilik itu. Suami mangsa juga berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua lelaki itu sempat ditahan oleh pengawal keselamatan dan mereka dibawa ke balai polis.

“Lelaki yang bersama dengan suami mangsa disoal siasat Balai Polis Depok Barat,” katanya.

Rachmandiwanto berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun, polis tidak menemui kesan kecederaan pada wanita itu.

Sehubungan itu, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa dibunuh.

“Mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, suami mangsa akan didakwa atas kesalahan melacurkan isteri dan kecuaian.

hmetro

,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908