Lelaki Bangladesh cuba rasuah polis ditahan

September 15, 2020 | News, Viral | No Comments

JOHOR BAHRU- Seorang lelaki Bangladesh ditahan selepas cuba memberi suapan RM1,000 bagi menyelesaikan kes tangkapan sewaktu sekatan jalan raya Op Benteng di Kilometer 25, Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, anggota polis yang bertugas sewaktu sekatan jalan raya kira- kira jam 12.30 tengah hari telah menahan sebuah Toyota Hilux dari Kota Tinggi ke Johor Bahru dinaiki dua lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Rohingya.

Katanya, semasa seorang anggota polis membuat pemeriksaan mendapati seorang warga Bangladesh memiliki i-kad palsu dan semakan dokumen bagi seorang lagi warga Bangladesh dan lelaki warga Rohingya masing- masing berusia 28 dan 31 tahun itu turut meragukan.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ulu Tiram. Semasa hendak membuat laporan tangkapan di pejabat pertanyaan, salah seorang lelaki Bangladesh yang juga pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun telah meminta kes tangkapan diselesaikan dengan menawarkan wang sebanyak RM1,000.

“Anggota terbabit telah memberi amaran jangan cuba memberi rasuah kerana ia adalah satu kesalahan. Namun pemandu itu telah meletakkan wang sebanyak RM1,000 di atas tangan anggota polis tersebut.

“Anggota polis itu terus membuat rampasan wang tunai tersebut dan pemandu berkenaan ditahan kerana memberi rasuah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor, manakala tangkapan warga asing diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17( B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 15( 1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908