Banyaknya ular…

September 24, 2020 | News | No Comments

Georgetown: Hanya dalam masa tiga hari sepanjang minggu ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Timur Laut menerima 11 aduan membabitkan tangkapan ular di sekitar daerah berkenaan.

Malah, sepanjang September ini, agensi itu menerima 104 kes membabitkan tangkapan beberapa jenis reptilia terbabit.

Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, ular ditangkap itu membabitkan ular sawa, senduk, tedung dan sawa burung.

Katanya, kebanyakan kes membabitkan aduan ular masuk ke kawasan perumahan dan premis perniagaan awam.

“Faktor cuaca menyebabkan reptilia itu keluar daripada tempat berlindung terutama ketika hujan.

“Dianggarkan sebanyak 120 kes membabitkan tangkapan reptilia berkenaan pada setiap bulan sepanjang tahun ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Timur Laut di Lebuhraya Peel, di sini, semalam.

Beliau berkata, tangkapan terbaru membabitkan ular sawa seberat 50 kilogram sepanjang empat meter berhampiran rumah usang di Jalan Rawang, di sini, semalam.

Katanya, ular sawa itu ditemui penduduk pada 9.15 pagi ketika sedang membaham seekor kucing.

“Seramai tiga anggota ditugaskan menangkap ular sawa itu dan tugas itu menjadi sukar berikutan ia agresif dan mereka turut dibantu tiga orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Difahamkan, empat kucing milik penduduk dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu dan kemungkinan dibaham ular sawa berkenaan.

“Ular sawa terbabit dibawa pulang ke pusat kawalan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.

hmetro

,

About Author

Leave a Reply

//azoaltou.com/afu.php?zoneid=2458908