Empat pemandu mabuk ditahan

November 2, 2020 | Crime | No Comments

Teluk Intan: Empat lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan polis di sekitar bandar ini, hari ini.

Semua mereka ditahan anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dalam Op Mabuk pada 12.01 tengah malam hingga 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, empat lelaki berusia antara 28 hingga 47 tahun itu didapati gagal ujian saringan pernafasan.

“Keseluruhan 15 kenderaan diperiksa dan mereka ditahan dibawa ke balai untuk siasatan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis akan meneruskan operasi itu di sekitar Hilir Perak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu dan penunggang yang melanggar undang-undang.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908